sira roti

Cara buat sira roti ini merupakan hasil perkongsian oleh Mleisya. Menurutnya, resipi ini merupakan resipi turun-temurun dari neneknya.

Jarang jumpa orang buat sira roti ni kan? Rasa dia sangat sedap, lagi-lagi kalau makan sejuk-sejuk baru lepas keluar dari peti ais.

Baca juga: Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!

Resipi Sira Roti

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Santan
  • Telur
  • Daun pandan
  • Esen vanilla
  • Garam@gula

Cara-cara:

1. Belah roti kepada 2. Telur 3 biji.

2. Mula-mula salut roti dengan telur, kemudian gorengkan. Angkat dan toskan.

3. Masak santan bersama 3 cawan air sampai mendidih. Masukkan sebiji telur, 1 sudu kecil esen vanilla, daun pandan, garam dan gula secukup rasa. Kacau sampai kuah menjadi sedikit pekat dan tak cair sangat.

4. Kemudian baru masukkan roti yang sudah siap digoreng tadi. Biarkan kuah meresap ke dalam roti dalam 15 minit baru tutup api.

5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti ais, jangan simpan panas-panas. Selamat mencuba!

Kredit: Mleisya Scarf 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN