cara buat sandwich telur

Tak ramai yang tahu cara buat sandwich telur yang creamy dan memuaskan. Dengan hanya beberapa bahan asas, anda boleh menghasilkan sandwich untuk sarapan atau kudapan pada bila-bila masa.

Selain itu, resipi sandwich telur ini juga sesuai untuk anda yang inginkan sesuatu yang cepat, sedap, dan mengenyangkan. Yang penting, cara membuatnya tidak renyah!

Apa yang lagi menarik, resipi ini boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing. Jika anda suka sedikit rasa manis, tambah sedikit lagi susu pekat. Kalau suka pedas, lebihkan lada hitam.

Tunggu apa lagi, mari kita cuba dan rasai sendiri kelazatannya! Lihat resipi penuh seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: Buat Sendiri Sandwich Chicken Crispy, Puas Hati Letak Isi Banyak

CARA BUAT SANDWICH TELUR REBUS ‘CREAMY’

cara buat sandwich telur

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur rebus (gred C)
  • Suku botol mayonis
  • Susu pekat
  • Lada hitam (gunak lada hitam biji, tumbuk semasa mahu diguna untuk rasa yang lebih sedap)
  • Garam secukup rasa
  • Daun salad atau tomato (jika suka)

Langkah-langkah:

  1. Hancurkan telur menggunakan parut keju (guna bahagian yang kasar supaya tekstur telur terasa). Jangan hancurkan terlalu halus, nanti kurang umph.
  2. Masukkan mayonis dan gaul sebati. Kemudian, tambah susu pekat sedikit demi sedikit sehingga rasa masam mayonis hilang dan lebihkan rasa manis susu pekat.
  3. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Letak lada hitam lebih untuk menaikkan rasa telur.
  4. Sapu pada roti dan potong mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Sha Roziah Al Yahya

Baca juga: Rahsia Sandwich Telur Yang Sedap, Kena Letak Bawang Karamel Baru Rasa Lagi ‘Perfect’!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN