cara buat sambal goreng

Alangkah bertuahnya jika mempunyai jiran baik dan sering hulurkan makanan, siap ada yang sudi ajar cara buat Sambal Goreng yang sedap tau.

Sambal Goreng adalah makanan pelengkap dalam upacara adat, perayaan dan tradisi di Indonesia yang sering dihidangkan dengan pelbagai jenis nasi.

Rasa manis dan pedas pada Sambal Goreng sangat berbeza daripada sambal lain dan makanan ini cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa.

Nija Lim telah kongsikan cara buat Sambal Goreng dengan resipi daripada jirannya yang berasal dari Indonesia dan rasanya sedap tak terkata. Jom cuba!

Baca juga: Sambal Ikan Bilis TERPALING Senang, Jangan Skip Langkah Ini Kalau Nak Garing

CARA BUAT SAMBAL GORENG

cara buat sambal goreng

Bahan-bahan:

  • 4 hingga 5 batang cili merah
  • 2 hingga 3 batang cili hijau
  • Segenggam cili padi hijau (jika nak pedas, boleh guna cili padi merah)
  • Sebiji bawang besar (jika nak sedap, boleh guna bawang kecil rose)
  • 3 hingga 4 ulas bawang putih
  • 1 hingga 2 biji tomato (jika nak sedap, boleh guna tomato cherry)
  • Seketul belacan

Cara-cara:

1. Hiris kasar cili merah, cili hijau, cili padi hijau, bawang besar, bawang putih dan tomato.

cara buat sambal goreng

2. Kemudian, goreng semua bahan hirisan dengan sedikit minyak masak yang panas dan seketul belacan.

3. Apabila sudah nampak layu, angkat dan bolehlah ditumbuk atau dikisar kasar.

4. Selepas itu, goreng semula dalam minyak masak yang sama.

5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Siap untuk digunakan!

Cara buat Sambal Goreng ini cukup mudah dan anda boleh perahkan limau atu cuka jika lebih sukakan rasa manis, pedas dan masam.

Sambal Goreng ini lebih tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk, jadi anda boleh jadikannya sebagai salah satu stok sambal di rumah.

Anda boleh nikmati Sambal Goreng ini bersama ikan goreng, ayam goreng, tauhu, tempe, ulaman dan sayur-sayuran.

Selamat mencuba!

Sumber: Nija Lim

Baca juga: Cara Buat Sambal Nasi Kak Wok, Pedas Dan Manisnya Cukup Rasa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN