10 Tempat Makan Viral & Paling ‘TOP’ Di Kelantan

Sebut je Kelantan mesti korang terfikir tentang budu mereka yang popular tu kan? Tak lupa juga dengan nasi dan ulam-ulaman dorang yang memang sedap tambah pula dengan nasi kerabu fuhh memang lazat. Haa, korang kalau berkunjung ke Kelantan tak sah la kalau korang tak singgah makan di tempat makan viral dan TOP di sini. Jom kita tengok senarai kedai makan yang menarik di Kelantan.

10 Tempat Makan Viral Dan TOP Di Kelantan

1.Restoran Kelantan Thai

10 Tempat Makan Viral Dan TOP Di Kelantan

Restoran ini memang menarik di Kelantan ini dan selesa juga sebab mejanya dan ruangnya yang luas. Anda boleh menikmati makanan masakan Kelantan dan Thailand di Restoran Kelantan Thailand ini.

Alamat: Jalan Meranti, Kampung Kubang Terap, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Waktu Operasi:  12 pm – 11 pm

2. Restoran Shan Dewi

10 Tempat Makan Viral Dan TOP Di Kelantan

Restoran Shan Dewi ada menayajikan nasi putih dengan pelbagai aneka lauk dan nasi briyani pun ada tau. Menariknya, lauk-pauknya amat menyelerakan dan pasti boleh membuatkan anda terliur.  Walaupun restoran ini kelihatan biasa-biasa sahaja, tetapi masakannya sangat sedap!

Alamat:  No. 4213F, 15350, Jalan Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  7 am – 9 pm

3. Four Seasons Restaurant

10 Tempat Makan Viral Dan TOP Di Kelantan

Restoran ini menyajikan makanan ala-ala chinese food tetapi anda jangan risau sebab kedai ini halal tau, selain daripada lauk-pauk, makanan western turut terdapat di kedai ini.  Restoran ini juga sangat cantik, selesa dan kelihatan eksklusif.

Alamat:  No. 5670 B/1, B/2 & B/3, Jalan Sri Cemerlang, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  12 pm – 10 pm

4. Restoran Nasi Ulam Cikgu Kg. Kraftangan

10 Tempat Makan Viral Dan TOP Di Kelantan

Restoran ini memang cukup terkenal dengan nasi ulam, nasi putih, ulam-ulaman, gulai ikan dan ikan bakar mereka.  Pada waktu tengahari, Restoran Nasi Ulam Cikgu Kg Kraftangan ini memang akan penuh dengan orang  yang berehat dari bekerja dan juga mereka yang ingin tapau atau bungkus untuk makan di rumah.

Alamat:  Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  11 am – 5 pm

5. Restaurant Little Switzerland

10 Tempat Makan TOP Di Kelantan

Di restoran ini, mereka menyajikan makanan western, seafood, pizza dan dessert. Ramai orang yang berkunjung ke sini akan makan spaghetti, pizza dan lasagna mereka kerana rasanya yang sedap memang cukup memikat.

Alamat:  Lot 3949, Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  1 pm – 10 pm

6. Restoran Ikhwan Manisnya Madu

10 Tempat Makan Viral Di Kelantan

Ramai orang singgah menikmati makanan tengahari di Restoran Ikhwan Manisnya Madu. Apa yang menariknya di sini, mereka punya Ikan stim halia, udang goreng dan makanan seafood memang menjadi tarikan orang ramai tau. Restoran ini selalunya akan penuh pada waktu tengah hari. Jadi kalau anda nak ke sini pastikan anda datang awal tau!

Alamat: Taman Uda Murni, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  7.30 am – 11 pm

7. FZ Cafe

10 Tempat Makan Di Kelantan

FZ Cafe ini dikenali sebagai syurga makanan buat penduduk Kota Bharu Kelantan. Banyak makanan sedap yang wajib anda rasa contohnya nasi briyani, chicken chop, lamb chop, kambing bakar, sup tulang dan banyak lagi. Anda boleh tempah meja dan makanan awal-awal sebelum datang ke sini.

Alamat:  Lot 488/489, Rumah Kedai Lembah Sireh, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  12 pm – 11 pm

8. Restoran Sri Chengmai

10 Tempat Makan Di Kelantan

Nak makan ikan besar dan sedap-sedap, Restoran Sri Chengmai lah tempatnya. Antara menu sedap di sini adalah ikan siakap tiga rasa, ikan patin masak tempoyak, tomyam seafood dan lain-lain lagi. Restoran Sri Chengmai ini amat selesa dan mempunyai penghawa dingin tau!

Alamat:  Jalan Dusun Raja, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  6 pm – 10 pm

9. New Horizon Garden Restaurant

Tempat Makan Kelantan

Restoran ini boleh dikatakan mewah tetapi anda jangan risau sebab harganya amat berpatutan dan lengkap dengan makanan sedap.  Pendek kata, apa sahaja makanan dan minuman yang anda inginkan, anda boleh dapatkan di sini. Selain tu, makanan yang dihidangkan di sini boleh didapatkan dalam kuantiti yang banyak untuk semua pelanggan. Memang berbaloi.

Alamat:   Lot 891, Jalan Pasir Mas – Salor, Batu 4, 15100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  12 pm – 11 pm

10. Restoran Kampung Kulim

10 Tempat Makan Viral Di Kelantan

Ramai orang yang datang ke restoran ini semata-mata untuk makan nasi ayamnya yang sedap ini. Selain nasi ayam, pelbagai lauk-pauk boleh anda pilih sendiri. Masakan panas juga menarik dan menyelerakan. Sambil menikmati makanan di sini, anda boleh mengambil angin segar kerana restoran ini terletak berdekatan dengan pokok-pokok hijau.

Alamat:  17030 Wakaf Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  6 pm – 10 pm

Sumber: ammboi.my 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN