sambal belacan

Sambal belacan merupakan pelengkap kepada lauk-pauk utama, tak kira makan tengah hari atau makan malam. Ia boleh menaikkan selera walaupun dimakan bersama lauk yang kurang digemari.

Selain itu, ia juga sedap dimakan bersama nasi putih yang panas dan ikan goreng rangup. Comfirm makan betambah-tambah dibuatnya, satu pinggan nasi memang tak cukup.

Terdapat banyak resepi yang boleh anda cuba, namun resepi menggunakan 3 bahan ini merupakan salah satu cara yang mudah, ringkas dan sedap untuk diikuti.

Untuk menghasilkan sambal yang sedap, anda perlu menggunakan lesung batu. Kalau guna pengisar, rasanya akan menjadi kurang menyengat.

Nak tahu apa bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya? Mari kita ikuti perkongsian oleh Sutila Mohd Mokhtar di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Sambal Bacang Legend, Menu Nostalgia Orang Dulu-Dulu

CARA BUAT SAMBAL BELACAN GUNA 3 BAHAN

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Tumbuk cili padi dan belacan menggunakan lesung batu. Tumbuk sehingga kedua-dua bahan ini sebati dan lumat.

cara buat sambal belacan

2. Kemudian masukkan air limau kasturi yang sudah diperah dan dibuang biji. Gaul sehingga rata.

3. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

cara buat sambal belacan

Kredit resipi dan gambar: Sutila Mohd Mokhtar

Baca juga: Resipi Sambal Udang Petai Yang Sedap, Makan Dengan Nasi Panas Fuhhh Menyengat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN