kunafa homemade

Pernah dengar tak makanan daripada Arab iaitu Kunafa? Katanya orang ramai sekarang tengah tergilakan makanan viral ini sehingga ada yang sanggup beratur panjang demi mendapatkannya.

Baca juga: ‘Port’ Baru Kunafa Cheese Di Kg Baru, Orang Kata Sedap Tak Terlalu Manis

Rupanya tak susah mana kalau ada yang nak cuba buat sendiri kunafa di rumah. Sesuai untuk yang malas nak beratur panjang. Kadang-kadang bukan main beratur lama, sekali bila nak order dah habis pula.

Kalau ada yang nak cuba buat sendiri kat rumah, boleh ikut je resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Wan Luqman di bawah.

RESIPI KUNAFA HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Kunafa Pastri / Kataifeh
  • Cream Cheese / Akkawi Cheese
  • Susu 250ml
  • Mozzarella Cheese Block 250gm (lebihkan pun takpe)
  • Air Mawar
  • Lemon
  • Gula
  • 200ml air
  • Pistachio
  • Butter yang telah dicairkan

Rupa bentuk Kunafa Pastri/Kataifeh macam bihun. Tapi tekstur dia halus je. Boleh beli di shopee.

Curahkan butter cair supaya berwarna sedikit kuning. Gaul rata.

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan susu sekotak.

2. Masukkan cream cheese 250gm.

3. Tambahkan juga 4 ketul cheese arab ini. (cheese teama) Boleh guna yang ini saja, tak perlu guna cream cheese.

4. Kacau sehingga cheese cair.

5. Masukkan pula mozarella cheese. (potong dulu)

6. Kacau sehingga pekat.

7. Masukkan kunafa pastry tadi ke dalam acuan. Tekan sehingga padat.

8. Tuangkan cheese tadi. Kemudian lapiskan dengan kunafa pastry. Dan ulang sehingga menjadi beberapa lapisan.

9. Tekan sedikit sehingga mampat.

10. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum bakar. Bakar pada suhu 180°c selama 10-15minit.

11. Untuk buat air gula, didihkan air dalam periuk, masukkan gula.

12. Perah 1/2 biji lemon.

13. Tuangkan air mawar.

14. Curahkan air gula ke atas kunafa yang sudah dibakar.

15. Taburkan juga pistachio di atasnya.

Selamat mencuba!

Kredit: Wan Luqman

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN