Mari cuba buat sendiri pes mee goreng ala emak-emak kita selalu buat. Ini cara buat pes mee goreng menerusi perkongsian Makcik Ratu.
Baca juga: Pes Tomyam Homemade Cara MUDAH, Rasa ‘Kaw’ Guna Resipi Ini
Selain mee goreng basah atau mee goreng yang biasa emak-emak kita buat, mee goreng mamak antara menu popular yang menjadi pilihan seisi keluarga. Menu ini selalunya menjadi pilihan ramai jika singgah di kedai mamak.
Memang berbaloi dan puas hati hasilnya nanti. Apatah lagi lebih jimat untuk makan sekeluarga malah terjamin kebersihannya.
Jadi, kepada anda yang ingin mencuba hidangan mee goreng yang sedap, bolehlah mencuba resipi ini.
CARA BUAT PES MEE GORENG
Bahan-bahan:
- 6 labu bawang besar
- 1 labu bawang putih
***Kisar bebawang itu dengan air secukupnya
Bahan-bahan lain:
- 2 genggam cili kering
- 1/2 cawan kicap pekat caramel
- 1/2 cawan cili sos
- 1/2 cawan kicap manis
- 1/2 cawan sos tiram
- 2 ketoi kiub pati ikan bilis
- 3-4 sdb gula
Cara-cara membuat pes:
1. Mula-mula, buang biji dan rebus cili kering sampi lembut. Kemudian dikisar halus.
2. Masak cili dulu selama 1/2 jam, kemudian masukkan bebawang kisar.
3. Masak lama sehingga sejam atau lebih atau dengan api perlahan. Masak lagi sehingga semuanya sebati.
4. Buka api kuat biar mendidih dan tutup api.
5. Sejukkan dan masukkan ke dlm peti ais.
6. Senang untuk menggoreng mee, spaghetti, bihun pun boleh.
Selamat mencuba resipi pes mee goreng ini.
Sumber: Facebook Makcik Ratu
Baca juga: Bihun Goreng Tomyam Resipi SIMPLE, Guna PES Ini Untuk Tambah Lagi Sedap!