fish cake homemade

Rupanya mudah saja cara nak buat fish cake homemade. Kualitinya juga dijamin bersih, suci, halal dan bebas tanpa bahan pengawet.

Kalau buat sendiri, ibu-ibu pun tak risau nak bagi makan dekat anak. Letak banyak-banyak dalam masakan pun tak apa.

Bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati dan cara membuatnya juga tidak leceh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan di bawah.

Cara Buat Fish Cake Homemade

Bahan-bahan:

  • 500gm isi ikan tenggiri segar
  • 3 sudu teh tepung jagung | membukit
  • 1 sudu teh garam | nanti masa dah siap blend rasa lagi sebab bila sejuk lebih masin
  • sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 cawan air sejuk (dari ais)

**Anda boleh menggantikan isi ikan dengan fish fillet tapi jangan letak air sebab dalam fillet tu dah ada kandungan air.

Cara-cara:

1. Ambil isi ikan tenggiri, buang kulitnya. Blend halus menggunakan food processor.

2. Kemudian masukkan sedikit air sejuk, kisar lagi. Masukkan juga garam serta serbuk lada putih.

3. Masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi.

4. Sambil itu, panaskan periuk kukusan. Letakkan loyang 4 segi ke dalam periuk kukusan atau jika tida boleh guna tupperware yang tahan panas.

5. Kemudian masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang telah diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya. (macam buat serimuka). Ratakan ia serta padatkannya. Sapu minyak pada jari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi.

6. Kukus hingga masak selama 15 minit atau sehingga masak.

7. Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi, potong sepertimana bentuk fishcake.

8. Panaskan minyak dan goreng sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyak, siap!

Kredit: Tahrunnisah Jali

Baca juga: Resipi Bebola Ayam Homemade. Mudah, Sihat & Dijamin Bersih

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN