kek coklat moist

Dah ramai yang jual kek coklat moist dalam bekas kecil comel macam ni. Kalian pun boleh cuba buat juga kalau ada yang mahu mula berniaga.

Nak buat untuk makan sendiri pun boleh, puas hati sekali buat dapat banyak. Boleh kongsi dengan jiran tetangga.

Ikut saja langkah demi langkah cara membuatnya yang dikongsi oleh Nasriah Ramli di bawah. Selamat mencuba ya!

Cara Buat Kek Coklat Moist

Bahan-bahan A:

  • Gula halus 1 cawan
  • Serbuk koko 1 cawan
  • Susu cair 1 cawan
  • Minyak masak (WAJIB ADA) 1 cawan
  • Susu pekat manis 1/2 cawan

(Satukan semua bahan A. Masak atas api kecil hingga larut)

Bahan-bahan B:

  • Tepung gandum 1 cawan
  • Soda bikarbonat 1 sudu teh
  • Baking powder 1 sudu teh

(Satukan bahan B. Ayakkan)

Bahan C:

  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

(Masukkan ke dalam blender. Kisar sampai putih)

Cara Memasak:

  1. Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
  2. Kemudian masukkan bahan C. Guna pemukul(whisk) sahaja dan bancuh sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.
  3. Panaskan pengukus, tuang adunan di dalam bekas kecil seperti dalam gambar dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

Resepi Topping Coklat:

Bahan-bahan:

  • Serbuk koko 1 cawan
  • 1 cawan minyak ( masak/jagung/sayur)
  • Ssusu pekat 1 cawan
  • 1/2 cawan susu cair

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan teknik double-boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.
  2. Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek.
  3. Tabur coklat rice untuk hiasan.
  4. Sedia untuk dinikmati.kek coklat moist

Kredit: Nasriah Ramli

Baca juga: Kek Pisang Kukus Gebu Gebas, Rugi Tak Ikut Cara Mudah Dekat Sini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN