cara buat nasi ayam

Sekali-sekala nak makan nasi ayam buatan sendiri, apa kata anda cuba cara buat Nasi Ayam Hainan yang hasilnya cukup beraroma ini?

Afy AL Habibi telah kongsikan cara buat Nasi Ayam Hainan di Facebook yang cukup memikat selera. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Nasi Ayam Penyet Untuk Satu Keluarga, Sekejap Je Dah Siap Masak!

CARA BUAT NASI AYAM HAINAN

cara buat nasi ayam

Bahan sos atas ayam:

  • 2 sudu kicap sotong
  • ½ sudu kicap jalen lemak manis
  • ½ sudu sos tiram

Bahan sup ayam:

  • Ketulan lemak ayam
  • 2 hiris halia (nipis)
  • Air
  • Ayam
  • 1 kiub Maggi perasa ayam
  • Garam halus

Bahan nasi ayam:

  • Sedikit ketulan lemak ayam
  • Sedikit mentega
  • Kepingan halia dan serai
  • Daun pandan simpul
  • Beras basmathi
  • Sup yang telah dimasak
  • Air

Bahan sambal cili:

  • Sehiris nipis halia (kisar)
  • 4 tangkai cili merah (kisar)
  • 1 ulas bawang putih (kisar)
  • ½ sudu cuka
  • Sedikit air, garam dan gula

Bahan sambal halia:

  • Sedikit halia
  • Secubit kiub Maggi
  • Sedikit minyak

Bahan-bahan taugeh stir fry:

  • Sedikit minyak
  • Kepingan bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 genggam taugeh
  • Sedikit daun kucai

Cara menyediakan sup ayam:

1. Panaskan beberapa ketulan lemak ayam (boleh cantikkan warna kulit ayam jadi kekuningan).

2. Setelah lemak cair, masukkan 2 hiris nipis halia dan didihkan air.

3. Masukkan ayam yang telah dicucuk-cucuk isinya dengan garfu.

4. Masukkan 1 kiub Maggi perasa ayam serta garam halus secukup rasa.

5. Angkat ayam selepas dicucuk sedikit untuk memastikan ayam sudah masak. Pastikan tak terlalu lama dimasak (nak buat cara kukus pun boleh, saya lebih senang buat rebus saja).

6. Sebelum tutup api, bolehlah masukkan beberapa biji bebola ikan. Siap!

Cara menyediakan sos atas ayam:

– Kacau rata semua bahan sos atas ayam. Anda boleh tambah minyak bijan jika sukakannya.

Cara menyediakan ayam:

1. Sediakan ketulan ais. Tengok kulit ayam daripada ayam yang diangkat tadi. Inilah yang dimaksudkan lapisan kulit ayam kuning cantik guna lemak ayam.

cara buat nasi ayam

2. Rendam seketika ayam yang telah diangkat untuk mematikan proses isi ayam terlebih masak dan jadi lebih segar nanti. Toskan.

3. Potong 4 ayam yang telah ditos. Susun di atas pinggan. Tuangkan sos atas ayam sebelum makan. Siap!

Cara menyediakan nasi ayam:

1. Tumiskan sedikit lagi ketulan lemak ayam dan sedikit mentega.

2. Masukkan kepingan halia, serai dan daun pandan simpul.

3. Selepas naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.

4. Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup dan sedikit air mengikut sukatan yang betul. Masak seperti biasa. Siap!

Cara menyediakan sambal cili:

1. Kisar halia, cili merah dan bawang putih dengan cuka dan sedikit air sahaja.

2. Masukkan sedikit garam dan gula.

3. Panaskan dalam periuk untuk tahan lama. Masukkan sedikit kuah sup. Kacau dalam api perlahan untuk seketika. Siap!

Cara menyediakan sambal halia:

1. Tumbuk sedikit halia. Masukkan secubit kiub Maggi.

2. Panaskan seketika dengan sedikit minyak. Siap!

Cara menyediakan taugeh stir fry:

1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan kepingan bawang putih yang dihiris nipis.

2. Masukkan sos tiram, sos ikan dan sedikit saja air. Kacau.

3. Masukkan 2 genggam taugeh dan sedikit daun kucai. Balik-balikkan. Siap!

*Tak perlu masak lama. Cukup hanya seminit bagi mengekalkan kerangupan dan kesedapan taugeh. Jika nak hidang, masak lima minit terus makan ya.

Setelah tahu cara buat Nasi Ayam Hainan ini, keluarga anda pasti puji dan minta anda buat lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Nasi Ayam Claypot, Rasa Sebijik Macam Makan Di Food Court

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN