cara buat nachos cheese

Malaysia memang syurga makanan. Apa saja yang viral dari luar negara, pasti ramai yang sanggup beratur panjang untuk cuba. Salah satu menu tular sekarang adalah Nachos Cheese, iaitu nachos dengan daging cincang, sayur dan dua sos istimewa.

Walaupun dah lama popular di Amerika, bila sampai Malaysia, terus jadi kegilaan ramai! Tunggu apa lagi, jom kita cuba sekarang!

Baca juga: Cara Buat Cucur Jagung Manis, Guna Resipi Ini Confirm Bertambah Sedap & Rangup

CARA BUAT NACHOS CHEESE VIRAL

Bahan-bahan inti:

  • 500g daging kisar
  • 3 biji bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara buat inti:

  1. Goreng daging tanpa minyak.
  2. Masukkan bawang putih dan sambung tumis sehingga daging masak.
  3. Apabila daging sudah masak, ketepikan seketika.

Bahan sos hijau:

  • 1/2 cawan mayonis
  • 3/4 biji cili hijau
  • 1 biji lemon / limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Sedikit air untuk kisar

Cara buat sos hijau:

  1. Satukan semua bahan sos hijau sehingga hancur dan sebati.

Bahan sos putih:

  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam halus
  • 1 sudu besar yogurt
  • 1 sudu besar cream cheese
  • 1/2 cawan mayonis
  • Parsley
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit air untuk kisar

Cara buat sos putih:

  1. Satukan semua bahan sos putih dan gaul sehingga bercampur rata.

Bahan-bahan hiasan:

  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji bawang merah (potong dadu)
  • 1 biji lada benggala setiap warna (potong dadu)
  • Daun ketumbar

Bahan lain:

  • Sos cheese

Cara penyediaan:

  1. Buka kerepek nachos yang disukai.
  2. Letakkan daging yang sudah dimasak tadi serta semua bahan-bahan hiasan.
  3. Akhir sekali, letakkan sos cheese, sos putih dan sos hijau.
  4. Gaul sebati semua bahan sebelum dinikmati.
  5. Selamat mencuba!

cara buat nachos cheese

Sumber: Syabiebiey Halym Official

Baca juga: Resipi Dessert Cheese Indulgence, Setiap Suapan Rasa Lembut Berkrim!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN