cara buat mi bandung

Kalau anda sedang mencari cara buat mi bandung yang mudah tetapi rasanya setanding dijual di kedai, resipi ini memang wajib dicuba. Tak perlu bahan yang terlalu banyak atau teknik yang rumit, hasilnya tetap dapat kuah yang pekat, cukup rasa pedas, manis dan sedikit masam. Memang puas hati makan sepinggan!

Mi bandung sememangnya antara menu yang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Sama ada untuk makan tengah hari, makan malam atau ketika ada tetamu datang, hidangan ini memang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Lebih istimewa apabila dipenuhi dengan udang, ketam, telur dan sayur yang menjadikan kuahnya lebih manis dan berperisa.

Menariknya, resipi ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah. Jika sukakan rasa yang lebih pedas, anda boleh tambah cili kisar mengikut cita rasa sendiri. Sekali cuba, memang tak mustahil ahli keluarga minta masak lagi!

Baca juga: Mi Hailam Daging Cara Warung Negeri Sembilan Ini Dipuji, Rasa Sedapnya Memang Lain Macam

CARA BUAT MI BANDUNG SEDAP

cara buat mi bandung

Bahan-bahan:

  • 1 paket kecil mi kuning (dibasuh)
  • 6 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 2 sudu makan udang kering, ditumbuk
  • Cili kisar secukupnya (ikut tahap kepedasan)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 batang lobak merah (dihiris)
  • 2 ekor ketam (dipotong empat)
  • 10 ekor udang
  • Batang sawi secukupnya
  • Daun sawi secukupnya
  • 4 hingga 5 biji telur
  • Daun sup dan daun bawang, dihiris (untuk taburan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk atau kuali.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dan udang kering yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga benar-benar pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau sehingga semuanya sebati.
  5. Tuangkan 4 cawan air dan perasakan dengan garam serta gula. Pastikan kuah mempunyai rasa pedas, sedikit masam dan manis yang seimbang.
  6. Masukkan lobak merah, ketam dan batang sawi. Biarkan sehingga hampir masak.
  7. Masukkan udang dan biarkan kuah kembali mendidih.
  8. Perlahankan api, kemudian pecahkan 4 hingga 5 biji telur terus ke dalam kuah. Biarkan telur masak tanpa perlu dikacau.
  9. Masukkan mi kuning yang telah dibasuh dan gaul perlahan supaya mi bersalut dengan kuah.
  10. Akhir sekali, masukkan daun sawi. Biarkan seketika sahaja sebelum menutup api supaya sayur kekal segar dan rangup.
  11. Taburkan daun sup serta daun bawang sebelum dihidangkan.

Sumber: Azizah Salleh

Baca juga: Resipi Mi Goreng Daging Basah Yang Disukai Ramai, Ini Cara Nak Bagi Rasa Lebih Padu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN