
Mee hailam daging ini menjadi antara resipi yang sering dikongsi semula kerana hasilnya yang cukup menyelerakan. Kuahnya pekat, berkilat dan penuh rasa, manakala daging pula lembut sehingga mudah dikunyah.
Menurut perkongsian Resepi Eny Abdullah, terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh peniaga mee hailam untuk menghasilkan rasa yang lebih sedap. Antaranya menggunakan bahan kisar sepenuhnya dan merebus daging terlebih dahulu sebelum dijadikan rencah kuah.
Baca juga: Ramai Tak Sangka Daging Goreng Berlengas Boleh Jadi Sesedap Ini, Bertambah Nasi!
RESIPI MEE HAILAM DAGING

Bahan-bahan:
Bahan Daging:
- 500 gram daging (dipotong nipis)
Bahan Perapan:
- 3 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar kicap pekat karamel
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
Bahan Kisar:
- 1 biji bawang besar
- 10 ulas bawang putih
- 1 ketul halia saiz ibu jari
Bahan Lain:
- 2 bungkus mee kuning
- Lobak merah secukupnya
- Putik jagung secukupnya
- Tomato secukupnya
- Sawi secukupnya
- Kicap lemak manis secukupnya
- Pati ayam secukupnya
- 1 hingga 2 sudu besar serbuk lada putih
- 1/3 cawan minyak masak
- 2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 1 hingga 1.5 liter air
Cara-cara Penyediaan:
1. Perapkan daging dengan kicap cair, kicap pekat karamel, sos tiram dan serbuk lada hitam selama sekurang-kurangnya 30 minit.
2. Rebus daging sehingga lembut. Simpan air rebusan untuk digunakan dalam kuah.
3. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
5. Masukkan daging yang telah direbus, kemudian tumis sehingga sebati.
6. Tambahkan kicap lemak manis secukupnya dan reneh sehingga kuah kicap menjadi pekat serta berkilat.
7. Masukkan air atau air rebusan daging dan biarkan mendidih.
8. Masukkan lobak merah, putik jagung dan tomato.
9. Perasakan dengan pati ayam, serbuk lada putih, garam dan gula mengikut cita rasa.
10. Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah mencapai kepekatan yang diingini.
11. Masukkan sawi dan biarkan seketika sehingga layu.
12. Celur mee kuning dan bilas bersih untuk membuang bau kapur serta lebihan minyak.
13. Letakkan mee dalam mangkuk dan curahkan kuah bersama daging dan sayur-sayuran sebelum dihidangkan.
Tips:
- Gunakan bahan kisar berbanding bahan hiris untuk mendapatkan kuah yang lebih sebati.
- Rebus daging sehingga benar-benar empuk sebelum ditumis.
- Air rebusan daging boleh digunakan untuk menambahkan rasa kuah.
- Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit bagi mengelakkan kuah terlalu pekat.
- Celur dan bilas mee kuning terlebih dahulu supaya rasanya lebih bersih dan tidak berbau kapur.
- Reneh kuah secukupnya sehingga warna kuah menjadi lebih gelap dan berkilat seperti mee hailam di kedai.
Selamat mencuba!
Sumber: Resepi Eny Abdullah
Baca juga: Resipi Mee Siam Kuah Legend, Kuah Banjir Pedas Masam Manis Memang Terangkat Habis!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














