resepi mee goreng daging

Kalau anda sedang mencari resepi mee goreng daging yang mudah tetapi rasanya memang padu, resipi ini wajib dicuba. Gabungan mee yang digoreng bersama daging empuk, sos yang cukup rasa dan sedikit kepedasan daripada cili padi memang mampu membuka selera sesiapa sahaja.

Mi goreng daging merupakan antara menu yang sering menjadi pilihan untuk sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam. Selain mengenyangkan, hidangan ini juga mudah disediakan kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati di dapur.

Apa yang membuatkan resipi ini lebih istimewa ialah penggunaan air rebusan daging yang membantu menaikkan lagi rasa kuah dan menjadikan mee lebih berperisa. Lagi sedap jika mi dimasak sedikit lama sehingga kuah meresap dan teksturnya menjadi lembut.

Baca juga: Resepi Daging Perap Dengan Sos Pencicah Thai ‘Aroi Mak’, Dijamin Lembut & Juicy Bila Grill!

RESEPI MEE GORENG DAGING

resepi mee goreng daging

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning
  • 1 pinggan daging (direbus hingga empuk)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Cili padi secukup rasa
  • 1 batang cili merah
  • 4 sudu besar cili giling
  • Kicap masin secukup rasa
  • Kicap manis secukup rasa
  • Sos cili secukup rasa
  • Sos tiram secukup rasa
  • Sedikit lada putih
  • Sedikit cuka
  • 1 biji tomato (dipotong)
  • Sawi secukupnya
  • 3 biji telur ayam
  • Daun bawang secukupnya
  • Sedikit air rebusan daging

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging yang telah direbus empuk dan gaul rata.
  5. Tuangkan sedikit air rebusan daging untuk menambahkan rasa.
  6. Masukkan kicap masin, kicap manis, sos cili, sos tiram, lada putih dan sedikit cuka. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan mee kuning dan gaul rata bersama kuah.
  8. Masak beberapa minit sehingga mee menjadi sedikit lembut dan semua perisa meresap ke dalam mee.
  9. Masukkan tomato dan sawi. Kacau sehingga sayur sedikit layu.
  10. Goreng telur secara berasingan, kemudian masukkan ke dalam mee goreng.
  11. Gaul sehingga semua bahan sebati.
  12. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan kacau sebentar sebelum ditutup api.

Sumber: Muhamad Ismail Mohd Ali

Baca juga: Resepi Mi Kuah Daging Pekat Dan Padu, Rahsia Sedap ‘Yakmat’ Kena Guna Air Rebusan Daging

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN