Categories: Resepi

Cara Buat Lasagna ‘Simple’ Guna Roti Buku Buat Penggemar Makanan Western

Apa menu untuk makan tengah hari nanti? Setiap hari, pastinya para ibu tidak pernah gagal untuk menyediakan makanan yang sedap dan berkhasiat untuk keluarga.

Apa kata hari ini kita cuba makanan barat pula jika jemu makan nasi.

Seorang pengguna Facebook Sha Farina telah berkongsi resipi lasagna yang pastinya sedap dengan menggunakan roti.

Jom kita cuba buat.

Roti Lasagna Simple


Bahan-bahan:

Roti Buku (tak kisah apa brand sekali pun)
Susu
Telur,
Butter
Keju
Sos Preggo
Daging
Cendawan

Cara-cara membuatnya:

1. Pertama sekali, buat bancuhan susu dan telur.
2. Kemudian, sediakan kuah spagetti mengikut selera masing-masing.
3. Lengserkan loyang dengan butter.
4. Selepas itu, celup roti dalam bancuhan susu dan telur, kemudian layerkan dalam loyang.
5. Kemudian, letak kuah spagetti dan ratakan.
6. Letak pula kepingan keju.
7. Ulang langkah 4-6 sampai 3 lapisan.
8. Kemudian, taburkan parutan keju.
9. Tuang lebihan susu dan telur itu kalau ada.
10. Bakar selama 30 minit pada suhu 170c, tetapi ikut oven masing-masing dan siap.


Mudah je nak buat resepi lasagna ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang.

Selamat mencuba!


Kredit resepi: Sha Farina

Baca juga: Pernah Tak Makan Lasagna Terung? Teringin Nak Rasa? Jom Cuba Resepi Mudah Ini!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Cara Buat Sos Perapan BBQ Homemade, Sekali Buat Boleh Perap Ayam, Daging & Kambing!

Kalau selalu pening nak fikir bahan apa nak guna untuk perap ayam, daging atau kambing,…

46 mins ago

Resipi Cempedak Goreng ‘Krup Krap’ Walaupun Dah Sejuk, Rupanya Ada Satu Rahsia Dalam Bancuhan

Kalau suka makan cempedak goreng, memang wajib cuba resipi tepung goreng cempedak ini. Bancuhan tepungnya…

4 hours ago

Resipi Ayam Buttermilk Anti-Gagal, Baru Belajar Masak Pun Confirm Menjadi

Kalau sedang mencari ayam buttermilk resepi yang mudah dan sesuai untuk yang baru nak belajar…

6 hours ago

Cara Lembutkan Daging Beku Dengan 3 Bahan, 10 Minit Dah Boleh Potong Nipis

Daging masih keras membeku sedangkan tiba-tiba nak masak? Cara lembutkan daging beku ini mungkin boleh…

6 hours ago

Resipi Sayur Petola Berlado, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Rasanya Memang Sedap

Kalau ada petola di dapur dan tak tahu nak masak apa, boleh cuba resepi sayur…

7 hours ago

Ayam Panggang Resepi Ini Perlu Perap Semalaman, Rahsia Juicy Dan Sedap Hingga Tulang

Kalau sedang mencari ayam panggang resepi yang mudah tetapi hasilnya sedap, juicy dan penuh rasa,…

9 hours ago