kuih dodol

Kuih dodol antara manisan tradisional yang tak lapuk dek zaman. Rasanya yang manis dan teksturnya yang lembut menjadikannya pilihan yang popular untuk pelbagai majlis.

Selain membelinya di kedai, anda boleh cuba buat sendiri dodol di rumah dengan cara yang ringkas.

Resipi ini juga mudah diikuti dan tidak memerlukan bahan yang rumit. Jadi ia sesuai untuk sesiapa sahaja, termasuk mereka yang baru pertama kali mencuba.

Tunggu apa lagi, jom belajar buat sendiri dodol dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Suzana Nurin Ilham di bawah.

Baca juga: Resipi Sosej Homemade Guna Isi ayam, Lebih Sihat Untuk Anak

CARA BUAT KUIH DODOL HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 1 kilo gula merah + 5 cawan air (masak dan tapis, biar sejuk)
  • 1 kilo santan
  • 500 gram tepung pulut
  • 4 sudu besar tepung beras
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Masak 1 kilo gula merah bersama 5 cawan air. Setelah mendidih, tapis dan biarkan sejuk.
  2. Dalam periuk, satukan gula merah yang telah ditapis dengan 1 kilo santan, 500 gram tepung pulut, 4 sudu besar tepung beras, dan secubit garam.
  3. Jika menggunakan periuk non-stick, kacau campuran tersebut selama 1 jam 30 minit hingga pekat.
  4. Jika menggunakan periuk Noxxa, steam campuran selama 10 minit, kemudian tekan “stir-fry” dan kacau hingga masak.

Nota: Jika tiada Noxxa, gunakan periuk non-stick sahaja. Resepi ini menghasilkan lebih kurang 2 kilo dodol.

Kredit resipi dan gambar: Suzana Nurin Iham

Baca juga: Cara Buat Serbuk Pati Ayam Homemade. Bebas Gula, Garam, MSG & Bahan Pengawet!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN