bengkang ubi kayu

Bengkang ubi kayu gula merah merupakan salah satu kuih tradisi orang dulu-dulu yang masih tak lapuk dek zaman.

Tekstur kuih yang lembut dan kenyal serta rasanya yang lemak manis ada penggemarnya tersendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuat juga tidak susah mana. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Opah Mas Cotek di bawah.

Baca juga: Kuih Bingka Pandan Guna Air Fryer, Lembut Dan Wangi Semerbak Aroma Pandan

RESEPI BENGKANG UBI KAYU GULA MERAH

Bahan-bahan:

  • 5 cawan ubi (diparut)
  • 2 cawan gula merah
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 3 helai daun pandan
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu besar marjerin (dicairkan)
  • 1/4 cawan tepung ubi

Cara-cara:

1. Perah ubi yang diparut. Kemudian biarkan patinya mendap. Buang airnya, ambil pati sahaja.

2. Satukan gula merah, gula pasir, daun pandan dan 1 cawan air. Masak sehingga gula larut.

3. Apabila gula sudah larut, sejukkan dan tapis. Ketepikan seketika.

4. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan dan gaul sehingga sebati.

5. Sediakan loyang bersaiz 9×9, sapu marjerin ke keseluruhan bahagian dalam loyang.

6. Kemudian, tuang adunan bengkang ke dalam loyang tersebut.

7. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak pada suhu 180 darjah celsius menggunakan api atas dan bawah. 

bengkang ubi kayu

8. Sejukkan sebelum dipotong. Selamat mencuba!

bengkang ubi kayu

Kredit resipi dan gambar: Facebook Mas Cotek

Baa juga: Bingka Roti Pandan Anti Gagal, Sekali Buat Mesti Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN