Krim putar (whipping cream) merupakan satu bahan yang wajib ada dalam proses membuat kek untuk dijadikan inti mahupun dalam melepa kek.

Ia boleh didapati di kedai kek dan juga hampir semua pasaraya ada menjualnya. Harganya juga boleh tahan mahal untuk digunakan hanya ‘sekali’ buat mereka yang jarang-jarang membuat kek.

Rupanya tak susah mana pun kalau nak buat sendiri whipping cream ni. Tak perlu susah-susah nak keluar rumah. Jimat pun jimat kan? Ikuti perkongsian oleh Soleh Fattah yang berkongsikan cara-cara membuat krim putar.

Cara Buat Krim Putar ‘Homemade’

Bahan-bahan:

  • 1 sdb ovalette
  • 5 sdb susu pekat
  • 4 sdb susu powder (tak kisah brand apa, sis pakai fernleaf family)
  • 3 sdb gula (boleh kurangkan klu tak suka manis)
  • 1 bekas ais batu (pastikan dlm ketulan kecil-kecil, senang nak mix)
  • Mixer

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas, pastikan bekas besar ya, jangan pakai bekas kecil.

Krim putar

2. Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati dulu. Kemudian baru mix, pakai mixer. 1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah. Alasannya, nanti ais batu terkeluar dari bekas korang, habis bersepah nanti.

3. Minit ke-2, boleh tingkat kan kelajuan, sederhana dlm 3 minit. Mix je sampai tak nampak ais batu tu. Masa ni korang akan nampak adunan ni dah berupa cream yang kembang semangkuk.

4. Bila ais batu dah takde (boleh dengar bunyi ais masa tengah mix tu) boleh tingkatkan kelajuan mixer ke maksimum, mix dalam 2 minit sahaja, jangan overbeat ya. Then, siap la whipping cream korang.

Krim putar

Masa penyediaan: 5-6 minit sahaja

Kredit: Soleh Fattah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN