garlic bread versi cepat

Jom cuba buat korean garlic bread versi cepat ini. Biasanya orang jual yang bentuk bulat tu.

Tapi kita buat guna roti keping yang ada kat rumah je, tak perlu susah-susah beli roti burger atau uli doh.

Sesuai untuk bekal atau dijadikan hidangan menu petang untuk anak-anak. Tak sampai 20 minit dah siap! Selamat mencuba!

Resipi Korean Garlic Bread Versi CEPAT!

Adunan Cream Cheese untuk letak dalam roti

  • Cream cheese – 150g
  • Susu cair – 3 sb
  • Susu pekat – 2 sb

Adunan Butter untuk celup roti:

  • Butter – 100 g
  • Garlic – 5 ulas (cincang halus)
  • Telur – 1 biji
  • Madu – 2b
  • Daur parsley yang kering – sikit (tak ada pun boleh)

Cara-cara:

1. Campur semua adunan cream cheese, kacau sampai rata. Ketepikan.

2. Untuk membuat adunan butter, panaskan butter dengan api perlahan, dah cair masukkan garlic dan tutup api. Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.

3. Letakkan adunan cream cheese di atas roti.

4. Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.

5. Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.

garlic bread versi cepat

6. Bakar dengan suhu 180°C selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.

7. Sesuai untuk bekal anak atau pergi kerja.

garlic bread versi cepat

Kredit: Haya Yahya

Baca juga: Korean Cheesy Garlic Bread Guna Roti Buku, Tak Membazir Kalau Dah Nak Expired

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN