PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-03 05:02:26

Anda inginkan kelainan untuk menu minum petang? Kali ini kami bawakan resepi langos iaitu Hungarian Flat bread. Ianya amat terkenal sebagai streetfood di Hungary.

Cara pembuatan Langos sangat senang kerana ianya hanya menggunakan bahan yang mudah untuk kita dapati. Bahan-bahannya seperti tepung gandum, yis dan susu tidak asing lagi dengan kita. Malah, ianya boleh didapati di rumah kita sekarang ini. Langos amat sesuai dihidangkan bersama bermacam–macam jenis inti, yang manis ataupun yang pedas. Bergantung kepada selera anda! Jom cuba buat, ikuti resepi daripada Puan Suhaila Kusairi di laman Facebooknya.

 

Kredit: Puan Suhaila Kusairi

 

Bahan bahan:

(A)

  • 300ml susu segar suam
  • 2 1/2 sudu teh instant yis

(B)

  • 500g tepung gandum
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1 sudu teh garam halus

(C)

  • 200g kentang – rebus dan lenyek halus

(D)

  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Sedikit tepung untuk taburan supaya tidak melekat ketika menggiling
  •  

TOPPING

Boleh guna nutella, srikaya, jem, sambal tumis dan cheese.

Kredit: Puan Suhaila Kusairi

 

Cara-cara:

  1. Satukan bahan A dan biarkan sehingga yis berbuih anggaran sepuluh minit.
  2. Kemudian dalam bekas/ mixer bowl satukan bahan B dan C. Gaul sebati.
  3. Tuangkan susu tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati dan uli sehingga doh lembut dan elastik.
  4. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana sementara menunggu doh siap di bulat.
  6. Sediakan papan/ silikon mat dan tabur sedikit tepung. Keluarkan doh dan ratakan dengan tepung tadi dan bulatkan.
  7. Bahagi doh kepada 6 bahagian dan bulat bulatkan.
  8. Giling sedikit doh jangan terlalu nipis sekadar hanya membesar doh sahaja. Kemudian tarik tepi tepi doh terpulang besar mana yang diinginkan dan terus goreng dalam minyak yang telah dipanaskan tadi.
  9. Goreng sehingga kuning dan balikkan sebelah sehingga kuning juga.
  10. Angkat dan toskan atas tisu dapur secara menegak supaya tidak menakung minyak. Goreng sehingga habis dan sedia untuk dinikmati.

Kredit: Puan Suhaila Kusairi

 

Selamat Mencuba

Kredit: Puan Suhaila Kusairi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN