nasi lemak rm1

Zaman sekarang tak perlu malu untuk berniaga walaupun bermula di tepi jalan. Mana tahu suatu hari nanti akan mempunyai kedai sendiri.

Seperti yang dilakukan oleh seorang pemuda ini, beliau gigih menjual nasi lemak dengan harga RM1 walaupun hanya mendapat untung yang kecil. Namun usaha yang gigih raih perhatian netizen.

Baru-baru ini, beliau ada berkongsikan satu video yang menceritakan seorang wanita datang membeli semua nasi lemaknya selepas 9 minit berniaga.

Menerusi video itu, kedengaran suara seorang wanita yang mahu membeli nasi lemak.

Pada mulanya dia hanya memberitahu mahu membeli dalam kuantiti yang banyak tanpa memberitahu jumlah kuantiti.

Beberapa saat kemudian, dia menyatakan mahu membeli semuanya.

Jelas kelihatan pemuda tersebut terkejut dengan permintaan wanita itu.

Beliau juga turut mengucapkan selamat maju jaya kepada ‘akak’ itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan tindakan pemurah wanita tersebut.

Lihat video penuh di bawah:

@bangsudu

Kalau akak tu nampak video ni, saya doakan akak moga murah rezeki 🥺🤲🏻 #fyp #foryou #suduada

♬ original sound – TAUKE NASI LEMAK RM1 – TAUKE NASI LEMAK RM1

Sumber: TikTok @bangsudu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN