cara buat kicap homemade

Bagi penggemar kicap, tentunya teruja bila MyResipi jumpa cara buat Kicap Homemade ini. Yang menariknya, resipi ini tidak mengunakan kacang soya sebagai bahan utama tau.

Bahan asas pembuatan kicap homemade ini menggunakan air rebusan kacang kuda sebagai penganti soya. Ia dikatakan lebih sihat dan menjadi kicap alternatif selain kicap yang dijual di pasaran.

Baca juga: Serbuk Coklat Homemade Untuk Bancuhan Air, Hanya Guna 4 BAHAN Je

Mari ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Hanaeza Aez dari laman Facebook ini. Perkongsian beliau telah meraih lebih 400 shares tau! Memang ramai yang sukakan kicap rupanya.


CARA BUAT KICAP HOMEMADE

cara buat kicap homemade

Dah lama fikir nak buat kicap sendiri, tapi rasa macam susah saja. Ini dah jumpa cara buat kicap paling senang. Bahan pun ringkas, memang buat kicap ini saja lah sekarang.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, rendamkan kacang kuda semalaman. Lepas rendam, dapat 2 cawan penuh stok kacang ini.

2. Selepas direndam, boleh mula merebus. Masa nak rebus, letakkan 4 gelas air untuk 2 cawan kacang. Rebus sampai betul-betul empuk.

3. Toskan air rebusan kacang kuda. Air rebusan ini daripada 4 gelas akan dapat jadi 2 gelas sahaja.

4. Letak air rebusan dalam periuk. Masukkan gula kelapa. Jika gunakan gula tebu, biasanya lebih manis, jadi kurangkan kuantiti gula kelapa kalau guna gula tebu.

5. Bila guna gula kelapa warna kicap memang tidak berapa gelap semasa direneh.

6. Masukkan secubit Serbuk Kayu Manis Ceylon. Kacau. Selepas itu, renehkan dalam 20-30 minit dengan api kecil.

7. Bila dah hampir siap, masukkan Garam Bukit sesudu besar atau lebih bergantung kepada tahap kemasinan yang dikehendaki. Tutup api

8. Sejukkan kicap dengan suhu bilik. Kemudian, boleh masukkan dalam botol kaca atau balang untuk proses matang selama seminggu.

9. Selepas seminggu diperam, sedia untuk menggunakan kicap homemade ini.

Peringatan: Walaupun kicap ini jauh lebih baik daripada kicap komersial, ini tidak bermakna anda kena makan kicap setiap hari. Kenapa? Sebab gula dalam kicap ini bukan sedikit. Makan kerap atau makan banyak tetap mudarat. Gula tetap gula. Kena berpada-pada ya!


Selamat mencuba resipi homemade Kicap menggunakan air rebusan kacang kuda ini.

Baca juga: Nugget Ayam Ala KFC, Resipi Homemade Lebih SIHAT Untuk Anak-anak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN