Mudahnya nak buat Cheesy Egg Toast ni. Sesuai untuk sarapan atau minum petang bersama secawan teh panas.

Bahan yang digunakan juga ringkas sahaja, cara membuatnya juga mudah yang amat. Paling penting, rasa dia sedap!

Jom lihat cara-cara yang dikongsi oleh Encik Khairul Abdullah di bawah.

RESIPI CHEESY EGG TOAST

Bahan-bahan:

  • 1 keping roti
  • 1 biji telur gred C
  • Sedikit cheese apa sahaja yang ada
  • Mentega/marjerin
  • Sedikit garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara:

1. Tekan bahagian tengah roti biar tenggelam dan membentuk kawah dan sapukan butter/marjerin/spread tadi di sekeliling permukaan roti.

2. Pecahkan telur di tengah-tengah roti danmasuk ke dalam kawah tadi kemudian taburkan garam, lada hitam dan juga cheese di atas dia.

3. Masukkan ke dalam air fryer pada suhu 180 degree selama 10 minit.

Selamat mencuba!

Kredit: Khairul Abdullah

Baca juga: Resipi Baby Cakoi & Baby Donut Yang Lembut Sampai Ke Malam

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending