Categories: Resipi

Sedapnya.. Jom Cuba Kek Lof Pandan Kelapa Yang Kurang Manis, Lembut & Wangi!

Cara buat kek loaf pandan kelapa ini cukup mudah jika tahu caranya yang betul. Dijamin hasil kek selepas dibakar akan memuaskan hati.

Kek ini kurang manis, lembut dan baunya wangi dengan penggunaan mentega serta 100% pati pandan asli.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Noor Ashikin Saerah di bawah.

Baca juga: Resipi Kek Marble Red Velvet Yang Gebu & Kurang Manis, Mak-Mak Mesti Suka!

CARA BUAT KEK LOAF PANDAN KELAPA

Bahan-bahan (loyang 7x3x3 inci):

  • 125 g mentega
  • 100 g gula kastor (saya guna 90 g)
  • 120 g telur/ 2 biji telur A
  • 125 g tepung kek (ayak)
  • 1 sdt serbuk penaik (ayak)
  • 30 g (2 sdb) santan
  • 30 g (2 sdb) pati/ mendapan jus pandan
  • 20 g (4 sdb) emping kelapa Hawaii (Hawaiian coconut flakes)

Cara penyediaan:

  1. Sediakan loyang berukuran 7x3x3 inci. Alaskan dengan kertas pembakar.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 160°C/ 170°C.
  3. Pukul mentega & gula kastor sehingga warnanya pucat & berkrim dengan menggunakan ‘mixer’.
  4. Masukkan telur satu per satu. Pukul selama 1 minit untuk setiap telur dengan kelajuan paling tinggi.
  5. Masukkan bahan kering – cecair – bahan kering – cecair – bahan kering. Kaup balik dengan spatula sehingga adunan sebati & tidak berketul.
  6. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah desediakan. Ratakan adunan.
  7. Hentak loyang 2-3 kali & bakar adunan kek pada suhu 160°C/ 170°C selama 50-55 minit/ sehingga kek masak pada rak tengah. Selepas 20 minit dari masa mula membakar, keluarkan kek dari ketuhar & toreh (slit) permukaan kek dengan pisau untuk mendapatkan kesan merekah (pilihan).
  8. Setelah kek masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong supaya dapat menghasilkan potongan kek yang kemas.

Nota:

  • Saya bakar kek pada suhu 165-170°C untuk mendapatkan kesan perang pada bahagian luar kek. Suhu yang digunakan bergantung pada keadaan ketuhar masing-masing.
  • Saya timbang & sukat bahan-bahan dengan menggunakan sukatan metrik untuk resipi ini.

Kredit resipi dan gambar: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Wow! Resipi Kek 3 Bahan Ini Sesuai Untuk Diet, Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah

Wan N

Recent Posts

Resipi Kek Batik Lembut Tanpa Telur, Rahsia Sukatan Inilah Yang Buat Hasilnya Lebih Menjadi!

Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…

7 hours ago

Sup Miso Ala Restoran Jepun, Nikmat Letak Tauhu Lembut Serta Rumpai Laut & Kaya Probiotik!

Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang…

7 hours ago

Ada Lebihan Kacang Panjang? Ini 2 Cara Simpan Supaya Tahan Lebih Lama & Tak Membazir!

Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…

7 hours ago

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

9 hours ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

11 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

11 hours ago