Kalau anda sedang mencari cara buat breadcrumbs yang mudah dan murah, anda sebenarnya tak perlu membeli serbuk roti segera. Hanya gunakan biskut kraker atau biskut tawar yang ada di rumah untuk menghasilkan breadcrumbs homemade yang rangup.
Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan, malah sesuai digunakan sebagai salutan ayam, ikan, nugget dan pelbagai hidangan goreng. Hasilnya juga lebih garing dan menyelerakan.
Baca juga: Roti Tanpa Tepung Gandum Ini Buat Ramai Teruja, Hanya Guna 4 Bahan & Sesuai Dijadikan Sandwich
Biskut kraker atau biskut tawar boleh dikisar menjadi serbuk roti dengan mudah. Anda boleh menghasilkan tekstur halus atau kasar mengikut jenis masakan yang ingin disediakan.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Masukkan biskut ke dalam blender atau food processor.
2. Kisar sehingga menjadi serbuk mengikut tekstur yang diingini.
3. Simpan dalam bekas kedap udara.
Cara Menggunakan Breadcrumbs:
1. Salut makanan dengan tepung.
2. Celup ke dalam telur.
3. Salut dengan breadcrumbs.
4. Goreng hingga keemasan dan rangup.
Tips:
Dengan cara buat breadcrumbs ini, anda bukan sahaja dapat berjimat, malah boleh menghasilkan salutan yang rangup dan sedap menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: viemiera_
Baca juga: Keropok Lekor Sedap Guna Lebihan Nasi, Campur Ikan Bilis Memang Menjadi!
Resepi sup bebola ayam ini sesuai dijadikan pilihan hidangan untuk seisi keluarga. Dengan bebola ayam…
Kilang ayam di Puchong menjadi perhatian selepas sebuah premis penyembelihan dan pemprosesan ayam diserbu pihak…
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…