cara buat breadcrumbs

Kalau anda sedang mencari cara buat breadcrumbs yang mudah dan murah, anda sebenarnya tak perlu membeli serbuk roti segera. Hanya gunakan biskut kraker atau biskut tawar yang ada di rumah untuk menghasilkan breadcrumbs homemade yang rangup.

Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan, malah sesuai digunakan sebagai salutan ayam, ikan, nugget dan pelbagai hidangan goreng. Hasilnya juga lebih garing dan menyelerakan.

Baca juga: Roti Tanpa Tepung Gandum Ini Buat Ramai Teruja, Hanya Guna 4 Bahan & Sesuai Dijadikan Sandwich

CARA BUAT BREADCRUMBS GUNA BISKUT

cara buat breadcrumbs

Biskut kraker atau biskut tawar boleh dikisar menjadi serbuk roti dengan mudah. Anda boleh menghasilkan tekstur halus atau kasar mengikut jenis masakan yang ingin disediakan.

Bahan-bahan:

  • Biskut kraker atau biskut tawar secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Masukkan biskut ke dalam blender atau food processor.

2. Kisar sehingga menjadi serbuk mengikut tekstur yang diingini.

3. Simpan dalam bekas kedap udara.

Cara Menggunakan Breadcrumbs:

1. Salut makanan dengan tepung.

2. Celup ke dalam telur.

3. Salut dengan breadcrumbs.

4. Goreng hingga keemasan dan rangup.

Tips:

  • Gunakan biskut yang masih rangup.
  • Kisar kasar jika mahukan tekstur lebih crunchy.
  • Simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.

Dengan cara buat breadcrumbs ini, anda bukan sahaja dapat berjimat, malah boleh menghasilkan salutan yang rangup dan sedap menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: viemiera_

Baca juga: Keropok Lekor Sedap Guna Lebihan Nasi, Campur Ikan Bilis Memang Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN