Categories: Resipi

Cara Buat Rasmalai Homemade Lembut & Creamy, Makan Sejuk Dari Peti Ais Memang Nikmat!

Jom cuba resepi rasmalai ini di rumah kerana ia antara pencuci mulut India yang cukup popular kerana rasanya yang unik. Gabungan bebola paneer yang lembut, direndam dalam kuah susu berkrim dengan aroma buah pelaga menjadikan manisan ini begitu istimewa. Setiap kali makan, rasa lemak susu dan manisnya memang buat susah nak berhenti.

Kalau beli rasmalai di kedai, kadang-kadang kuantiti yang dapat tidak banyak dan harganya pula agak mahal. Sebab itu ramai mula cuba buat sendiri di rumah kerana lebih puas hati. Boleh buat dalam kuantiti lebih banyak dan nikmati bersama keluarga.

Menariknya, rasmalai sebenarnya tidaklah sesusah yang disangka. Bahan utamanya juga mudah didapati, malah boleh gunakan susu tepung full cream jika tiada susu segar di rumah. Hasilnya tetap menjadi, dengan bebola paneer yang lembut dan kuah susu yang kaya rasa.

Baca juga: Wanita India Kongsi Cara Masak Ayam Varuval, Rempah Wangi, Rasa Pun Padu!

RESEPI RASMALAI YANG SEDAP DIMAKAN SEJUK-SEJUK

Bahan untuk membuat susu full cream:

  • 1000 ml air panas
  • 12 sudu besar susu tepung full cream

(Jika ada susu full cream kotak atau botol, boleh terus gunakan.)

Bahan untuk membuat paneer (bebola rasmalai):

  • 1000 ml susu full cream
  • 2 senduk kecil cuka makan
  • Bahan untuk kuah susu
  • 1000 ml susu full cream
  • 6 sudu besar gula
  • 2 biji buah pelaga

Bahan tambahan (pilihan):

Cara buat susu full cream homemade:

  1. Campurkan air panas bersama susu tepung full cream.
  2. Kacau sehingga sebati dan tiada ketulan.
  3. Susu full cream homemade sudah boleh digunakan untuk membuat rasmalai.

Cara buat paneer untuk rasmalai:

  1. Panaskan susu full cream dalam periuk menggunakan api sederhana.
  2. Masukkan cuka makan dan kacau sehingga susu mula berketul seperti susu pecah.
  3. Apabila susu sudah mendidih dan ketulan susu terbentuk, tapis menggunakan penapis kain atau penapis halus.
  4. Lalukan ketulan susu tersebut dengan air paip untuk menghilangkan rasa masam cuka.
  5. Perah sehingga ketulan susu menjadi kering.
  6. Pindahkan paneer ke dalam pinggan atau bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  7. Bentukkan doh menjadi bebola kecil mengikut saiz yang diinginkan. Ketepikan sementara.

Cara buat kuah susu rasmalai:

  1. Panaskan susu dalam periuk. Masukkan gula dan buah pelaga.
  2. Kacau sehingga kuah mula mendidih.
  3. Masukkan bebola paneer yang telah dibentuk tadi secara perlahan-lahan kerana teksturnya agak lembut.
  4. Teruskan memasak sehingga bebola paneer mengembang dan menyerap kuah susu.
  5. Setelah masak, tutup api dan masukkan bahan tambahan seperti rose bud, pistachio atau safron jika suka.
  6. Sejukkan rasmalai di dalam peti ais sebelum dinikmati.

Rasmalai paling sedap dimakan ketika sejuk kerana teksturnya lebih lembut dan kuah susunya lebih meresap. Dengan resipi ini, boleh dapat sekitar 18 biji rasmalai bergantung kepada saiz bebola yang dibuat.

Kalau beli di luar, harganya boleh jadi agak mahal untuk beberapa biji sahaja. Jadi, buat sendiri di rumah bukan sahaja lebih jimat, malah boleh makan puas-puas bersama keluarga.

Sumber: Nurul Nadhirah Zulkifli

Baca juga: Resipi Kuih Kesari, Manisan India Lembut & Lemak Manis Ini Memang Wajib Cuba!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

13 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

14 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

16 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

17 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

19 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

19 hours ago