ayam bakar

Buat ibu-ibu yang bekerja, pasti jarang masak kat rumah sebab tak sempat. Bila balik kerja, mesti penat nak masak tambahan lagi jika ada anak kecil untuk diuruskan.

Tapi kadang-kadang bosan juga asyik beli makanan di kedai, sekali-sekala mesti kena  masak juga. Jangan risau, sebenarnya ada banyak resipi mudah yang boleh ibu-ibu cuba seperti resipi ayam bakar ini.

Hanya guna perencah nasi goreng, dah boleh buat ayam bakar yang sedap! Nak tahu caranya? Jom lihat perkongsian oleh Liyaw Ah Seng di bawah.

RESIPI AYAM BAKAR GUNA PERENCAH NASI GORENG

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Perencah nasi goreng

Cara-cara:

  1. Cuci bersih ayam dan potong mengikut saiz yang disukai.
  2. Perap ayam dengan perencah nasi goreng. Lagi banyak lagi sedap.
  3. Nak sedap perap semalaman sebelum dibakar.
  4. Susun ayam atas loyang. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 200-250°C.

Mudah kan? Ibu-ibu boleh cuba buat nanti. Boleh perap awal dua atau tiga hari, bila nak makan tinggal bakar je!

Kredit: Liyaw Ah Seng

Baca juga: ‘First Time’ Makan Sedap Sangat, Wanita Kongsi Resipi Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN