
Setelah seharian berpuasa, kenalah buat minuman yang menyegarkan tekak. Oleh itu, kami nak kongsikan minuman menarik iaitu resepi Air Anggur Susu Float yang sungguh lazat.
Air Anggur Susu Float mempunyai kombinasi rasa manis kordial anggur bersama kelembutan susu dan aiskrim vanilla. Justeru, ia menjadikannya minuman sempurna untuk berbuka puasa.
Melalui perkongsian video di TikTok, syafkun telah menunjukkan resepi Air Anggur Susu Float yang cukup lemak manis dan berkrim. Jom kita cuba!
Baca juga: Air Bandung Soda Dengan 3 Bahan, Resipi Paling Senang Nak Buat Dekat Rumah!
RESEPI AIR ANGGUR SUSU

Bahan-bahan:
- 2 sudu besar kordial anggur (saya pakai jenama Ameen)
- 250ml air panas
- 100ml susu kotak segar
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 scoop aiskrim vanilla
- Ais secukupnya
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kena larutkan kordial anggur terlebih dahulu dengan memasukkan 2 sudu besar kordial ke dalam jug.
2. Selepas itu, masukkan 2 sudu besar susu pekat pula.
3. Kemudian, masukkan pula air panas ke dalam jug.
4. Seterusnya, kacau sampai sebati.

5. Setelah itu, sediakan gelas dan masukkan ais secukupnya.
6. Masukkan campuran kordial anggur tadi dan tambahkan susu segar.
7. Akhir sekali, letakkan 1 scoop aiskrim vanilla di atasnya. Siap untuk dinikmati!
Dengan rasa unik dan menyegarkan, Air Anggur Susu Float ini bakal menjadi minuman terbaik buat seisi keluarga. Sekaligus, anda boleh buat sebagai minuman pada Hari Raya juga.
Selamat mencuba!
Sumber: syafkun
Baca juga: Cara Buat Air Jagung Creamy, Rasa Lemak Berkrim Tentu Anak-Anak Berebut Minum
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














