Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang gemarkan sup berkuah jernih, ringan tetapi tetap mengenyangkan. Lebih-lebih lagi ketika cuaca tidak menentu, semangkuk sup panas dengan rasa umami yang lazat pastinya dapat memberikan rasa selesa.
Keistimewaan sup ini terletak pada gabungan pes miso dan serbuk dashi yang menghasilkan kuah dengan rasa umami tersendiri. Tambahan tauhu lembut dan wakame pula memberikan tekstur yang berbeza dalam setiap suapan.
Menariknya, hidangan ini tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan dan sesuai dijadikan menu sampingan atau hidangan ringan. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti hirisan daun bawang dan shabu-shabu mengikut citarasa.
Baca juga: Teringin Kai See Hor Fun Ipoh? Ini Resipi Buat Kuah Sup Jernih Dengan Rasa Udang Yang Padu!
RESEPI SUP MISO KAYA PROBIOTIK
Bahan-bahan:
- 200 ml air
- Tauhu lembut secukupnya
- 1 sudu teh wakame
- ½ sudu teh serbuk dashi (2 g)
- 1 sudu besar pes miso (20 g)
Cara penyediaan:
- Sediakan semua bahan terlebih dahulu. Potong tauhu lembut kepada kiub kecil mengikut saiz yang disukai.
- Masukkan 200 ml air ke dalam periuk bersama tauhu lembut, wakame dan serbuk dashi.
- Hidupkan api sederhana dan biarkan semua bahan dimasak sehingga kuah mula mendidih.
- Setelah kuah mendidih, tutup api dan masukkan 1 sudu besar pes miso.
- Kacau perlahan-lahan sehingga pes miso larut sepenuhnya dan sebati dengan kuah.
- Pastikan tiada ketulan pes miso yang tertinggal sebelum sup dihidangkan. Siap untuk dinikmati!
Tip: Elakkan merebus pes miso terlalu lama kerana suhu yang terlalu tinggi boleh menjejaskan rasa dan aromanya. Sebaiknya, tutup api terlebih dahulu sebelum memasukkan pes miso supaya rasa aslinya lebih terpelihara.
Sumber: Threads @aln.zfrn
Baca juga: Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

