Categories: Resipi

Cara Buat Air Oren Rasa Ala Vitagen, Guna 2 Bahan Je!

Air oren rasa ala vitagen ini wajib anda cuba di rumah nanti! Hanya perlu menggunakan 2 bahan yang mudah. Dapat minum dalam cuaca panas macam sekarang syok jugak kan?

Siapa yang suka beli vitagen kat kedai tu dijamin akan suka sebab rasanya memang sama! Boleh minum puas-puas sebab kalau tak cukup boleh buat banyak kali. Kalau yang jual di kedai, kecil-kecil je botolnya kan.

Perkongsian resipi air oren ala vitagen yang dikongsikan oleh Nur Haziqah ini telah menjadi tular di laman sosial Facebook yang telah mendapat hampir 9.4 ribuĀ shares. Jom lihat perkongsian olehnya di bawah.

Resipi Air Oren Rasa Ala-Ala Vitagen

Bahan-bahan:

  • 4sb oren sunquick
  • 4sb susu pekat
  • 200 ml air panas

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan oren sunquick dan susu pekat. Kuantiti boleh mengikut kemanisan dan kuantiti yang diingini.

2. Kemudian tambahkan air panas dan ais.

Tips: Bancuh dengan air panas, kacau laju-laju dan lama sikit supaya air tak berkeladak.

Kredit: Nur Haziqah

Nasiha

Recent Posts

Cara Buat Puding Mangga Yang Lembut, Puas Hati Tengok Buah Penuh!

Resepi puding mangga ini memang sedap dan 'meriah' dengan buah mangga. Memang tak kedekut langsung!…

35 mins ago

Peniaga Ini Dedah Rahsia Buat Burger Jadi Sedap, Patutlah Burger Tepi Jalan Sedap Lain Macam!

Pernah tak tertanya-tanya apa resepi burger yang selalu dijual di gerai tepi jalan itu? Kenapa…

3 hours ago

Kek Sarang Semut Bakar Atas Dapur Gas, Tak Perap Pun Tetap Lembut Berongga!

Sudah sering buat kek secara kukus, sekali-sekala nak cuba cara bakar pula. Kali ini kami…

3 hours ago

Cara Masak Sambal Ronggeng Yang Rangup Kruk Krap, Boleh Tahan Lebih 3 Bulan!

Tak dinafikan mereka yang suka memasak pasti seronok apabila dapat membuat pelbagai jenis sambal dan…

3 hours ago

Resipi Roti Goreng Keju Bersama Hirisan Ayam, Snek Rangup Untuk Si Kecil

Resipi roti goreng keju bersama hirisan ayam ini sangat sesuai sebagai kudapan untuk anak-anak. Walaupun…

4 hours ago

Cara Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Ikut Petua Ini Dijamin Berkesan!

Selalunya bila masak mee kuning, pasti ada rasa kapur, kan? Ini boleh membantutkan selera makan…

5 hours ago