Categories: Resipi

Resepi Kuih Keria Sedap Teramat, Guna Teknik Ini Confirm Gebu Montok!

Selain karipap dan donat, Kuih Keria juga sering dijual dan mendapat permintaan ramai. Sebenarnya, ada rahsia dalam resepi Kuih Keria sedap untuk jadikannya gebu dan montok.

Dengan hanya melumatkan keledek dan campur dengan tepung gandum, kemudian goreng dan sira bersama gula, anda boleh hasilkan Kuih Keria yang cukup lazat dimakan.

Jika nak hasilnya lebih gebu dan montok, anda perlu ikut langkah demi langkah dalam resepi Kuih Keria yang dikongsikan oleh Hamizah Yatim di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kuih Keria Keledek Ungu, Tak Sangka Lebih Sedap Dan Lembut!

RESEPI KUIH KERIA SEDAP

Bahan-bahan kuih keria:

  • 1½kg keledek oren
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • Sedikit garam
  • Minyak masak

Bahan-bahan air gula sira:

  • 9 sudu makan gula
  • 9 sudu air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kupas dan rebus keledek oren sehingga empuk bersama sedikit garam.

2. Apabila keledek oren sudah empuk, tos dan masukkan dalam besen, kemudian terus lenyek semasa masih panas.

3. Setelah itu, ketepikan dan biarkan sejuk terlebih dahulu.

4. Apabila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam besen yang berisi keledek oren tadi, kemudian gaul sehingga sebati.

5. Seterusnya, lumurkan tangan dengan sedikit minyak untuk mengelakkan adunan melekat dan timbang adunan seberat 40 gram.

6. Kemudian, bulat-bulatkan dan tekan terus di bahagian tengah untuk buat lubang (ini sebab hasil keria nampak montok, sebab tak leperkan).

7. Selepas itu, panaskan minyak dan masukkan keria, kemudian goreng dengan api sederhana sampai agak sedikit garing, angkat dan toskan. Siap!

Cara-cara membuat air gula sira:

1. Mula-mula, masak gula dengan air sampai rupanya sedikit likat.

2. Kemudian, masukkan keria yang telah digoreng tadi.

3. Akhir sekali, gaul sebati sampai gula tersalut elok dengan keria. Siap untuk dinikmati!

Anda boleh mengolah resepi Kuih Keria sedap ini dengan menggantikan keledek oren kepada kentang juga. Jika hidangkan bersama teh O panas, lebih bertambah nikmatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Hamizah Yatim

Baca juga: Resepi Keria Ball, Guna Ubi Keledek Jenis ‘Ini’ Baru Tak Terlembik!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

11 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

11 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

12 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

13 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

13 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

13 hours ago