Categories: ResipiTips & Petua

Wanita Ini Kongsi ‘Teknik’ Buat Kek Butter Kampung Jadi Lebih Sedap

Kek Butter Kampung sememangnya sudah menjadi kegemaran ramai tidak kira usia kerana rasanya yang sedap dan lembut. Makan banyak pun tetap tak muak. Selain rasanya yang sedap, bahan-bahan dan cara penyediaannya juga sangat mudah dah tidak renyah.

Namun begitu, anda tetap perlu menggunakan teknik yang betul dalam membuatnya supaya rasa kek butter legend ini menjadi lebih enak!

Kalau ada yang nak cuba buat sendiri di rumah, follow je resipi Kek Butter Kampung berserta teknik penting yang telah dikongsikan oleh Nurain Ain di bawah.

Resipi & Teknik Kek Butter Kampung Yang Sedap

Bahan-bahan:

  • 250g gula halus
  • 250g mentega/butter suhu bilik
  • 5 biji telur A
  • 250g tepung gandum/tepung naik sendiri (ayak)
  • 1 sudu kecil baking powder (ayak)
  • 2 sudu besar susu cair
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara (teknik 1):

  1. Pukul gula dan mentega dan esen vanila sampai gebu putih.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji2 pukul sebati, masukkan bahan ayak pukul perlahan sebati.
  3. Masukan susu cair dan pukul dengan kelajuan tinggi 10 saat stop.
  4. Guna acuan size 8/9 inci griss dgkn butter/lapik baking paper bakar suhu 170c api atas bawah.

Cara-cara (teknik 2):

  1. Cairkan butter dan ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali Butter/mentega cair.
  3. Tambah 1 sudu besar ovalet.
  4. Pukul bahan dengan kelajuan rendah ke tinggi hingga kembang putih tutup mixer kaup balik adunan dengan butter/mentega cair dan boleh bakar macam biasa.

Selamat mencuba!

Kredit: Nurain Ain

Wan N

Recent Posts

Resipi Ayam Kukus Halia, Cara Masaknya Mudah Tapi Rasa Memang Luar Biasa!

Kalau bosan asyik masak ayam goreng atau ayam masak kicap, apa kata cuba resipi ayam…

9 minutes ago

Resepi Masak Lada Melaka, Kuah Pekat Berempah Letak Kerisik Memang Sedap Menjilat Jari!

Kalau sebut tentang masakan tradisional Melaka, masak lada antara lauk yang cukup terkenal dan digemari…

17 minutes ago

Resipi Kuih Dorayaki Lembut & Gebu, Boleh Letak Aneka Inti Disukai… Bukan Hanya Kacang Merah!

Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…

1 hour ago

Cara Buat Apam Pisang Kukus Supaya Jadi Lembut, Gebu Dan Kembang Cantik!

Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…

2 hours ago

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

3 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

3 days ago