Cara Betul Petik Cili Supaya Tahan Lama Dan Cepat Berbuah Semula.
Memang senang tapi sebenarnya ini cara salah tuai cili. Untuk petik cili dari pokok ada tekniknya. Ia penting dipraktikkan supaya pokok cili mudah berbunga dan berbuah kembali dan juga untuk pastikan buah cili tahan lama.
Baca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA
Ramai yang tanam pokok cili di rumah dan bila nak petik, ambil gunting dan potong separuh tangkai.
CARA BETUL PETIK CILI DARI POKOK
Caranya dikongsi oleh Encik Salleh Mohammad yang juga pengusaha kebun pelbagai jenis sayuran.
1. Jangan potong separuh tangkai guna gunting untuk ambil cili. Cara petik cili yang betul adalah dengan memetik sekali tangkainya supaya tapak tangkai tadi akan berbunga semula.
2. Jika potong di tengah tangkai, tapak tadi akan ambil masa untuk berbunga kerana perlu menunggu tangkai cili yang tertinggal luruh. Petik sekali tangkainya seperti gambar.
3. Teknik mudah untuk petik cili guna jari, pegang pangkal tangkai cili kemudian lipat ke bawah. Memang mudah tanggal.
4. Selain itu jangan petik cili ketika waktu hujan atau di awal pagi. Ini kerana cili yang basah akan mudah busuk dan tak tahan lama. Petik ketika buah cili dan tangkainya dalam keadaan kering.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Kilatkan Dapur Seperti Baru, Lelaki Kongsi Guna 3 BAHAN Ini