Jom kita cuba buat pati air fanta hijau homemade ini. Yang seronoknya, tak ada gas bila nak minum nanti. Bila tetamu datang ke rumah pun boleh hidang air ini.
Nak beli air fanta hijau sebotol di luar agak mahal juga. Baik buat sendiri bancuhan patinya. Tinggal bancuh sahaja kalau nak hidang nanti. Pati pun tahan lama. Memang jimat kos.
Baca juga: Air Teh Kundur, Nikmatnya Minum Air Ini Sejukkan Badan, Jom Buat!
Pati ni menggunakan beberapa bahan sahaja. Sunquick oren dan pewarna hijau apple antara bahan yang penting. Anda cuma perlu masak air dengan gula dan campur sahaja dengan sunquick dan pewarna hijau. Biarkan mendidih barulah matikan api.
Kalau nak buat, boleh saja ikuti resipi Cik Puan Mawar Wilsa ini.
RESIPI PATI AIR FANTA HIJAU HOMEMADE
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3 kg gula pasir
- 2 liter air
- 1 botol kecil Sunquick Oren 330ml
- 1/2 botol pewarna hijau apple
- 1/2 botol perisa pisang
Cara penyediaan:
1. Masak air dan gula pasir sehingga mendidih dan gula larut.
2. Masukkan Sunquick Oren dan pewarna hijau. Biarkan mendidih.
3. Tutup api baru masukkan perisa pisang. Kacau sebati dan sejukkan.
4, Simpan di dalam botol.
5. Cara bancuhan letak sedikit pati air fanta hijau, tambah air masak secukupnya dan tambah ais batu. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba cara bancuhan pati fanta hijau homemade ini.
Baca juga: Serbuk Coklat Homemade Untuk Bancuhan Air, Hanya Guna 4 BAHAN Je