PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-23 03:21:42

Kalau ada masa terluang di rumah, mak-mak bolehlah cuba resepi popia cheese ini sebab ramai sangat yang kata sedap! Cara pembuatannya pun sangat mudah. Hanya dengan 3 langkah mudah dan siap!

Ada yang kata popia ni kalau beli dekat luar boleh mencecah sehingga RM25. Jadi apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Farah Subhi di kumpulan Resepi Mama di Facebook. Sememangnya resepi ini lebih jimat berbanding beli di luar. Buatlah banyak-banyak terus dan simpan supaya boleh dijadikan snek ketika menonton television atau untuk minum-minum petang.

Kredit: Farah Subhi

 

Bahan-bahan:

  • Kulit popia 1 paket ( gunting ikut kreativiti anda )
  • 4 sudu gula halus
  • 1 cawan serbuk cheese
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk cili

 

Cara-cara:

1. Gunting kulit Popia , jemurkan sekejap dan goreng kekuningan

2. Kisarkan serbuk cheese , serbuk cili , garam dan gula .

3. Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi dan sedia untuk dimakan.

 

Kredit: Farah Subhi

 

Selamat Mencuba

Kredit: Farah Subhi