Categories: Resipi

Buat Sendiri Mee Kuning Guna 4 Bahan Je, Lebih Selamat Tanpa Pengawet!

Rupanya senang sangat kalau mak-mak nak buat sendiri mee kuning di rumah. Yang paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan.

Hanya perlu menggunakan 4 bahan utama yang mudah untuk didapati iaitu tepung gandum, garam, telur dan serbuk kunyit.

Cara membuatnya juga sangat mudah dan dijamin lebih bersih, selamat dan suci bila buat sendiri. Jom lihat cara membuat mee kuning hasil perkongsian oleh Puan Nafsiah di bawah ini.

Cara Buat Sendiri Mee Kuning Guna 4 Bahan

Bahan-bahan:

  • 300gram/1 mangkuk tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Serbuk kunyit untuk pewarna

Cara-cara membuat mee kuning:

  1. Satukan semua bahan-bahan. Kemudian bancuh dengan air suam.
  2. Uli sehingga menjadi doh dan bahagikan doh kepada 5 atau 6 biji.
  3. Selepas itu, canai dengan menggunakan mesin mee. Naf beli mesin kecil sahaja harga pun murah RM40, beli 5 tahun lepas.
  4. Gelek-gelekkan sebiji demi sebiji doh tadi ke dalam mesin mee. Kalau koyak, taburkan tepung dan buat sampai tidak koyak.
  5. Selepas itu, gelekkan pula bentuk mee.
  6. Bila dah siap semua, rebus mee dengan air panas. Jika sudah timbul, maknanya mee sudah masak. Boleh angkat dan toskan.
  7. Basuh dengan air supaya kanji dekat mee itu hilang. Kemudian boleh goreng mengikut citarasa masing-masing.

Info tambahan:

  • Sukatan tepung gandum mengikut berapa banyak yang mahu dibuat. Satu mangkuk ini boleh dapat hampir 1 kilogram.
  • Resipi ini tidak menggunakan air abu atau air kapur.
  • Basuh dengan air supaya kanji dekat mee tu hilang.
  • Jika tiada mesin mee, boleh potong dengan pisau.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nafsiah Sakmad

Wan N

Recent Posts

Resipi Kek Batik Lembut Tanpa Telur, Rahsia Sukatan Inilah Yang Buat Hasilnya Lebih Menjadi!

Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…

15 hours ago

Sup Miso Ala Restoran Jepun, Nikmat Letak Tauhu Lembut Serta Rumpai Laut & Kaya Probiotik!

Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang…

15 hours ago

Ada Lebihan Kacang Panjang? Ini 2 Cara Simpan Supaya Tahan Lebih Lama & Tak Membazir!

Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…

15 hours ago

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

17 hours ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

18 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

19 hours ago