buah sawit

Pernah cuba buat sendiri minyak masak di rumah? Boleh cuba buat guna buah sawit tau. Semakin hari, kos sara hidup semakin tinggi.

Semenjak dua menjak ini tular di media sosial apabila warganet yang berkongsi harga minyak botol 5 kg yang didakwa mengalami kenaikan harga mendadak, ada yang sehingga RM 50 sebotol.

Baca juga: Asyik Pakai Minyak Masak Sama, Cuba 10 Jenis Ini Pula, Memang Padu Masakan Anda!
Baca juga: Jangan Buang Minyak Masak Terpakai, Boleh Jual Semula RM 3 Sekilo 

Berdepan dengan tekanan sebegini, selagi boleh berjimat-cermat, kita akan cuba sedaya upaya untuk berjimat cermat bagi mengurangkan kos sara hidup yang kini semakin melonjak tinggi sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Oleh itu, bagi yang mempunyai kelapa sawit, apa kata buat minyak masak sendiri di rumah. Caranya ada dikongsikan menerusi laman TikT0k milik @hamba_kayangan hingga meraih sebanyak 1.8M tontonan dan 111k likes. Wow!

Apa yang diperlukan dalam pembuatan minyak masak adalah buah kelapa sawit yang telah matang. Jom kita tengok.


Video Penuh:

@hamba_kayangan

beras mahal..kita tanam padi sndri..cili mahal..kita tanam cili sndri..minyak msak mhal..kita try buat sndiri..😌

♬ Nan Ko Paham – Kkz D BLG


CARA BUAT MINYAK MASAK SENDIRI GUNA BUAH SAWIT

1. Mula-mula, korang perlu membersihkan terlebih dahulu buah kelapa sawit. Amik kira-kira dalam 50 biji buah kelapa sawit letak dalam bekas.

2. Cuci bersih, kemudian kukus sekejap. Tunggu sejuk dahulu, lepas tu kopek kulit.. dan kukus balik kulitnya.

3. Pakai kain bersih dan perah, untuk dapatkan minyaknya. Kemudian tapiskan minyaknya.

4. Selepas itu, panaskan minyak balik, biar kasi halus lagi minyak, dan tapis lagi sekali.


Mudah dan ringkas juga cara pembuatannya untuk minyak masak sawit di rumah. Namun ada pelbagai reaksi dari netizen menerusi perkongsian Hamba Kayangan ini di media sosial. 

Antara reaksi netizen:

buah sawit

buah sawit

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN