resepi kek pandan kukus

Apabila datang mood untuk buat kek, anda pasti skrol media sosial laju-laju untuk cari resepinya. Kek paling sedap, semestinya resepi Kek Pandan Kukus!

Kek Pandan ialah kek span, ringan dan berwarna hijau kerana menggunakan daun pandan. Ia adalah antara kek disukai ramai kerana lembut dan gebu.

Hari ini anda boleh cuba resepi Kek Pandan Kukus yang dikongsikan oleh Ezzah Nurafiqah di Facebook. Kek ini lebih menggoda dengan cheese leleh!

Baca juga: Cara Buat Kek Pandan Kampung Tanpa Oven, Masak Guna Dapur Gas Je

RESEPI KEK PANDAN KUKUS

resepi kek pandan kukus

Bahan-bahan kek:

  • 1 cawan gula
  • 3 bji telur (mix sampai gebuh dan putih)
  • 1 sudu besar ovelatte
  • 1/2 cawan minyak masak (jangan dilebihkan)
  • 1/2 cawan susu cair (jangan dilebihkan)
  • Pewarna hijau separuh tutup
  • Perisa pandan 1 penutup besar (boleh ditukar kepada perisa strawberry, vanilla dan warna)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

*Tak perlu soda bikarbonat
*Pastikan sukatan minyak dan susu cair tak lebih

Bahan-bahan cream cheese leleh:

  • 250 gram cream cheese Tatura
  • Suku cawan susu cair
  • Setengah cawan susu pekat manis (ikut manis sendiri)

Cara-cara penyediaan kek:

1. Mixer gula, telur dan ovelatte sampai gebuh dan berwarna putih.

2. Masukkan minyak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan, kemudian mixer sampai sebati.

3. Masukkan tepung dan baking powder, kemudian mixer sekejap tapi jangan lama. Hentikan mixer dan kaup balik bahan tadi.

4. Kukus kek 30 minit dengan api sederhana dan pastikan air mendidih sebelum mengukus. Tutup kepala pengukus dengan kain (balut).

5. Sementara tunggu kek masak, mixer semua bahan cream cheese leleh sampai gebu.

6. Selepas kek masak, tunggu kek betul-betul sejuk.

7. Nak buat layer, kek dengan cheese, keluarkan kek dari loyang letak dalam pinggan, potong atau belah tengah dan letak cream cheese.

8. Letak semula kek yang dipotong tadi, letak cream cheese dan ratakan. Parut cheddar cheese atas kek supaya ia nampak menarik. Siap!

resepi kek pandan kukus

Selain dijadikan sebagai pencuci mulut, anda boleh guna resepi  Kek Pandan Kukus ini untuk buat kek hari lahir anak anda. Pasti dia lebih gembira nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Ezzah Nurafiqah

Baca juga: Kek Pisang Kukus Paling Mudah, Lembut Dan Gebunya Rasa Klasik

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN