brownies kedut

Brownies kedut merupakan salah satu kek yang sentiasa menjadi pilihan ramai disaat rasa ‘mengidam’ nak makan sesuatu yang manis.

Mungkin ramai yang sudah pandai membuat brownies sendiri di rumah. Namun mungkin ada juga yang tidak pernah berjaya mendapatkan ‘kedut’ di atas brownies walaupun pelbagai resipi sudah dicuba.

Apa kata kali ini jom cuba buat brownies kedut dengan menggunakan resipi perkongsian oleh ‘mak’ Azlina Ina yang sudah dikenali ramai ini. Confirm menjadi kalau ikut resipi ini. Selamat mencuba!

Resipi Brownies Kedut 5 Bahan

Bahan-bahan:

  • 150g butter
  • 350g dark chocolate beryls
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula perang (170g)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (100g)

Cara-cara:

  1. Satukan butter dan dark coklat. Cairkan dua bahan ini dengan menggunakan ketukar atau teknik double boil.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan telur dan gula perang. Kacau sekejap tak perlu lama.
  3. Masukkan coklat dan butter yang sudah dicairkan semasa panas-panas. Kacau semua bahan sehingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan tepung naik sendiri dan kacau sehingga sebati.
  5. Panaskan oven. Lapik loyang saiz 8 inci dengan baking paper dan tuangkan adunan tadi.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 140-150 selama 45 minit mengikut oven masing-masing. Bila dah masak, biarkan seketika dalam brownies selama 10 minit.
  7. Tunggu sejuk dahulu dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit: Azlina Ina

Baca juga: Hanya Guna Kulit Paratha Segera, Mudahnya Nak Buat Portuguese Egg Tart!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN