cara buat cilok

Jika pernah bercuti ke Indonesia bersama keluarga, pasti anda pernah menemui Cilok yang dijual di gerai kecil. Tapi tak ramai tahu cara buat Cilok yang sedap.

Cilok ialah sejenis makanan khas Sunda di Indonesia yang dibuat daripada tepung gandum. Ia lengkap bersama cicahan kuah kacang, kicap atau sos.

Bentuk Cilok yang bulat dengan tekstur yang kenyal dan lembut menjadikannya snek kegemaran ramai kerana mudah dimakan.

Ramai yang teringin tahu bagaimana rasanya Cilok ini, oleh itu Nor Fatirah Abd Ghani telah kongsikan cara buat Cilok yang mudah dan sedap. Jom cuba!

Baca juga: Bebola Keledek Bulat-Bulat Comel Ala Cameron Highlands, Sedap Sangat!

CARA BUAT CILOK

cara buat cilok

Bahan-bahan cilok:

Cara-cara penyediaan cilok:

1. Satukan semua bahan dalam periuk atau kuali, kemudian kacau sebati.

2. Masak dengan api kecil sampai adunan jadi bergumpal seketul, kemudian alihkan dalam bekas lain.

3. Gaul lagi dengan tepung ubi dan bulat-bulatkan, kemudian celur dalam air yang dicampur dengan sedikit minyak.

cara buat cilok

4. Masak sampai timbul, jika dah timbul angkat kemudian kukus lagi selama 20 minit. Cilok dah siap!

Bahan-bahan sambal:

  • Bawang putih
  • Cili merah Thai
  • Air asam jawa
  • Sos cili
  • 3/4 dari seketul gula Melaka
  • Garam

Cara-cara penyediaan sambal:

1. Kisar kasar bawang putih bersama cili merah Thai, kemudian tumis.

2. Masukkan air asam jawa, sedikit sos cili dan paling penting, gula Melaka.

3. Akhir sekali masukkan garam ikut selera, kemudian masak sehingga pekat. Lebihkan gula jika nak sambalnya lebih cantik. Sambal dah siap!

Cara buat Cilok ini sungguh mudah sampaikan mereka yang tak tahu masak pun boleh buat. Anda boleh jadikannya sebagai menu baru untuk minum petang.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Fatirah Abd Ghani

Baca juga: Bebola Begedil Ayam Cara MUDAH, Bulat-Bulat Comel Je Nak ‘Ngap’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN