biskut suji klasik

Mari cuba resipi Biskut Suji Klasik menggunakan tiga bahan saja. Memang mudah dan ringkas cara penyediaannya. Teksturnya pula rangup dan cair di mulut. 

Sudah menjadi kebiasaan hari-hari terakhir sebelum habis Ramadan, mulalah sibuk membelek resipi dan membuat kuih raya tradisional. Antaranya ialah biskut suji.

Baca juga: Resipi Biskut Dam Guna 6 Bahan, Nostalgia Kuih Raya Orang Dulu-Dulu

Sebenarnya biskut suji ada pelbagai jenis. Antaranya, biskut suji pelangi, biskut suji susu, biskut suji asli dan macam-macam lagi. Apa yang pasti, dari segi rasa semua tidak mengecewakan kerana biskut suji yang terbaik mestilah ranggup diluar dan rapuh di dalam. 

Bagi yang baru cuba-cuba untuk membuat biskut raya pada tahun ini, tidak perlu susah hati kerana resipi ini memang mudah. Bukan itu sahaja, cara penyediaannya pula tidak perlu menggunakan sebarang acuan atau mixer, pun boleh jadi! Ikuti resipi dari perkongsian @ovenedayu di bawah. 

RESIPI BISKUT SUJI KLASIK

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula sekali, masukkan minyak sapi dan gula aising ke dalam mangkuk. Gaulkan sebati hanya menggunakan spatula.

2. Kemudian, masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaulkan sebati.

3. Kacau dan gaulkan adunan sehingga menjadi adunan yang lembut.

4. Jika ingin uli dengan tangan pun boleh, jika ingin kacau sebati menggunakan spatula pun boleh.

5. Kemudian, cubit adunan sedikit dan bentukkan menjadi bulat kecil. Ambil menggunaka sudu kecil pun boleh. Terpulang kepada keselesaan anda.

6. Sebelum disusun di atas dulang pembakar, sapukan sedikit mentega ke atas dulang pembakar. Selepas itu, susunkan adunan yang berbentuk bulat ke atas dulang pembakar.

7. Habiskan semua adunan tersebut dan disusun serta dihias ke atas dulang pembakar. Kemudian, masukkan adunan biskut ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170C untuk selama lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga biskut masak.

8. Apabila sudah masak, sejukkan terlebih dahulu dan bolehlah disusun ke dalam balang atau disusun di atas dulang yang cantik dan dihidangkan kepada tetamu.

Video penuh: 

Selamat mencuba!

Baca juga: Biskut Tart Nanas Anti Gagal, Tekstur Memang Rangup Dan Cair Di Mulut

Sumber: TikTok @ovenedayu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN