
Cara membuat nasi lemak ini amat mudah dan cepat disediakan, sesuai untuk mereka yang sibuk namun tetap ingin menikmati hidangan yang lazat.
Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang ringkas, nasi lemak instant ini boleh dijadikan pilihan untuk sahur atau makan tengah hari.
Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah di bawah. Tidak sampai 1 jam, nasi lemak yang wangi dan menyelerakan sudah siap untuk dinikmati.
Baca juga: Nasi Ayam Sedap Simple, Cara Masak Mudah Tapi Confirm Hasil Menjadi
CARA MEMBUAT NASI LEMAK INSTANT

Bahan-bahan:
- 1 mangkuk beras
- 1 mangkuk santan kotak
- Sedikit garam
- Sedikit minyak
- Pes sambal segera
- Segenggam ikan bilis (digoreng garing)
- 1 biji telur rebus
- Hirisan timun
Cara memasak:
- Mula-mula, basuh beras terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk nasi. Jika tiada pot, gunakan sukatan mangkuk sebagai panduan.
- Dalam mangkuk yang sama, masukkan santan kotak. Kemudian, tambahkan sesudu garam dan sedikit minyak. Minyak ini bertujuan supaya nasi tidak melekat dan nampak lebih cantik.
- Tekan butang on pada periuk nasi dan biarkan nasi masak.
- Sementara menunggu nasi masak, goreng ikan bilis sehingga betul-betul garing. Angkat dan toskan apabila ikan bilis sudah kelihatan crispy.
- Setelah itu, panaskan minyak yang sama di dalam kuali dan tumiskan pes sambal segera. Masukkan satu mangkuk pes sambal dan biarkan ia ditumis sekejap sehingga naik bau. Jika anda ingin sambal yang lebih berperisa, boleh tambahkan sedikit air atau gula mengikut selera.
- Setelah semuanya siap, hidangkan nasi lemak dalam pinggan, tambah sedikit ikan bilis, hirisan timun dan telur rebus yang sudah disediakan terlebih dahulu.
- Nikmati nasi lemak panas-panas, terutama sekali semasa sahur. Memang sedap, mudah, cepat dan pasti mengenyangkan.
Video penuh:
@myresipi Resipi Campak Sahur 5 | Nasi Lemak Instant Bahan: 1 mangkuk beras 1 mangkuk santan kotak Sedikit garam Sedikit minyak Pes sambal segera Segenggam ikan bilis (digoreng garing) 1 biji telur rebus Hirisan timun #MyResipi #ResipiCampakCampak #IndahkanMemori #Ramadan2025 #nasilemak #menusahur
Sumber: MyResipi
Baca juga: Resipi Nasi Tomato Yang Ringkas Tapi Sedap, Tak Perlu Masak Lama!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














