Bihun Rebus Terengganu ini sesuai buat mereka yang inginkan sesuatu yang simple untuk makan malam.
Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup ringkas. Cara memasaknya pula tidak mengambil masa yang lama, sekejap saja dah boleh makan.
Menurut empunya resipi, ada rahsia untuk menjadikan kuah lebih sedap dan secukup rasa. Jom lihat resipi penuh di bawah untuk ketahui resipi penuh.
Baca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam
CARA BUAT BIHUN REBUS TERENGGANU
Bahan Kisar:
- 2 biji bawang besar
- 5 biji bawang putih
- Sedikit halia
Bahan Lain:
- Isi ayam
- Sayur-sayuran (pilihan sendiri)
- Lada hitam (ditumbuk kasar atau serbuk)
- Cili padi
- Telur
- Garam
- Bihun atau mee (nak celur pun boleh, nak masak sekali dalam kuah terus pun boleh)
Cara-cara:
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan air secukupnya mengikut kuantiti kuah yang diinginkan, kemudian masukkan isi ayam.
- Masukkan serbuk lada hitam. Bila sudah mendidih, masukkan sayur-sayuran, cili padi yang diketuk, telur, dan garam.
- Jika bihun atau mee ingin dicelur, celur terlebih dahulu kerana ada yang mungkin ingin makan lambat. Jika mahu masukkan sekali dalam kuah semasa memasak pun boleh.
Nota: Rahsianya terletak pada bawang-bawang yang perlu dikisar dan diletakkan lebih sedikit untuk memberikan rasa manis pada kuah. Sebelum ini, hanya menumbuk bawang sahaja.
Kredit resipi dan gambar: Haniza Ishak
Baca juga: Resipi Mihun Sup Yang Ringkas & Sedap, Sekejap Je Dah Siap Masak!