Categories: Informasi

Beza Matcha Dan Green Tea, Mana Yang Lebih Sihat Untuk Minum Sebenarnya?

Ramai yang suka teh hijau, tapi tak ramai yang tahu bahawa matcha dan green tea sebenarnya bukanlah benda yang sama walaupun nampak serupa dari segi warnanya.

Meskipun kedua-duanya datang daripada pokok yang sama iaitu Camellia sinensis, tapi cara pemprosesan, rasa dan khasiatnya berbeza jauh.

Jika anda sedang mencari minuman sihat untuk tingkatkan tenaga, bantu fokus atau sekadar nak detoks, kenalah tahu bezakan antara matcha dan green tea supaya tak salah pilih nanti.

Baca juga: Beza Sos Karamel Dan Butterscotch, Nampak Sama Tapi Tak Serupa Sebenarnya

BEZA MATCHA DAN GREEN TEA

GREEN TEA

  • Teh hijau biasa yang menggunakan daun teh kering dan direndam dalam air panas.
  • Rasanya ringan, sedikit kelat dan warnanya kuning kehijauan.
  • Mudah disediakan dan harga mesra poket.
  • Kaya antioksidan, bantu lawan radikal bebas.
  • Baik untuk kesihatan jantung dan kulit.
  • Boleh bantu bakar kalori dan detoks badan.

MATCHA

  • Teh hijau dalam bentuk serbuk halus yang dibancuh terus dalam air.
  • Rasanya kuat, lebih pekat dan warnanya hijau terang.
  • Harga lebih mahal kerana cara penghasilannya rumit.
  • Tinggi kandungan L-theanine yang membantu tingkatkan fokus dan kurangkan stres.
  • Memberi tenaga lebih stabil (tak seperti kopi yang buat jantung berdebar)
  • Lebih banyak antioksidan berbanding green tea biasa.

NAK PILIH YANG MANA SATU?

Pilih green tea jika anda:

  • Nak minuman ringan untuk detoks harian.
  • Mahukan sesuatu yang senang dan murah.
  • Baru nak mula minum teh hijau.

Pilih matcha jika anda:

  • Nak tingkatkan tenaga dan kekal fokus sepanjang hari.
  • Perlukan alternatif kepada kopi.
  • Nak manfaat antioksidan yang maksimum.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Zikri, Siti Murni (The Rakyat Post – BM)

Baca juga: Perbezaan Gula Kastor Dan Gula Halus, Begini Cara Gunakannya Dengan Betul

Aimi

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

1 hour ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

2 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

2 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

2 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

3 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

5 hours ago