sos karamel

Antara sos yang popular dan sering digunakan untuk pencuci mulut ialah sos karamel dan sos butterscotch. Walaupun kedua-duanya nampak sama, tapi ada beza sebenarnya.

Biasanya sos ini digunakan sebagai topping pencuci mulut seperti puding, kek, aiskrim atau waffle. Sekilas pandang nampak saja sama, tapi tak ramai tahu perbezaan kedua-dua jenis sos ini.

Ramai orang mungkin pernah makan kedua-duanya tanpa sedar, atau mungkin ingat ia benda yang sama tapi diberi nama berbeza. Walaupun nampak seiras, sebenarnya sos ini mempunyai identiti tersendiri.

Oleh itu, kami kongsikan beberapa perbezaan antara sos karamel dan sos butterscotch yang perlu anda tahu untuk buat pencuci mulut yang sedap. Jom kita tengok perbezaannya!

Baca juga: Beza Buttercup Tong Dan Buku, Salah Satunya Buat Biskut Jadi Lebih Wangi!

BEZA SOS KARAMEL DAN BUTTERSCOTCH

Sos Karamel

sos karamel

  • Sos ini menggunakan gula putih dalam pembuatannya.
  • Gula putih akan dikaramelisasikan terlebih dahulu, kemudian baru masukkan butter dan whipping cream.
  • Warnanya lebih pekat.
  • Mempunyai rasa manis dengan sedikit pahit yang halus.
  • Sesuai untuk pencuci mulut seperti creme brulee, kek coklat, popcorn karamel dan sebagainya

Sos Butterscotch

sos karamel

  • Sos ini menggunakan gula perang dalam pembuatannya.
  • Butter akan dicairkan terlebih dahulu, kemudian baru masukkan gula perang (tak perlu dikaramelisasikan) dan whipping cream.
  • Warnanya lebih cair.
  • Mempunyai rasa yang lebih manis dan lembut berbanding karamel
  • Sesuai untuk topping aiskrim, brownies, kek mentega atau dicampur dalam kopi.

Bagi memastikan kedua-dua sos ini dibuat secara asli, jangan campurkan tepung ke dalam resepi kerana kepekatan memang dihasilkan daripada whipping cream saja.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Qiu Ieja

Baca juga: Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN