ikan merah laut

Ikan merah adalah salah satu ikan yang popular, tapi tahukah anda ada dua jenis ikan merah yang ramai tak tahu? Ikan merah laut dan ikan bela, walaupun namanya sama, sebenarnya sangat berbeza. Ikan laut ditangkap dari laut yang luas, sementara ikan bela biasanya dibela dalam akuarium.

Kedua-dua ikan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza, terutamanya dari segi rasa dan tekstur isi. Dalam artikel ini, kita akan lihat cara membezakan ikan bela dan laut supaya anda boleh pilih mana satu yang sesuai dengan selera dan masakan anda.

Baca juga: 8 Jenis Ketam Popular Di Malaysia, No. 3 Paling Manis & Lembut!

CARA MEMBEZAKAN IKAN MERAH LAUT DAN BELA

Berikut merupakan cara membezakan ikan merah bela dan laut:

Ikan Bela

Ikan bela ada sedikit warna hitam pada kulitnya. Ikan ini biasanya dibela dalam akuarium, jadi kulitnya berbeza dengan ikan yang hidup di laut.

Ikan Laut

Ikan laut pula mempunyai kulit yang berkilat tanpa tompok hitam. Ikan ini sangat aktif bergerak di laut, jadi isinya lebih kenyal dan padat.

Ia makan ikan kecil atau alga, yang membuatkan rasanya lebih sedap dan segar. Ikan laut ini sangat sedap dibuat masakan ‘steam’.

Sumber: Instagram jason_jezi

Baca juga: 6 Jenis Sotong Popular Di Malaysia, Yang ‘Satu’ Ini Paling Banyak Diguna Dalam Masakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN