nasi goreng mamak

Buat yang tercari-cari resipi nasi goreng mamak yang sedap, boleh cuba resipi hasil perkongsian oleh Saudara Wan Luqman di bawah.

Menurutnya, resipi ini dipelajari daripada ‘mamak’ di kedai mamak yang merupakan kedai makan kegemaran beliau.

Kalau dah resipi kedai mamak, rasa nasi goreng ini juga pasti sama 100% dengan yang dibeli. Jom kita cuba masak!

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Kicap. Bukan Biasa-Biasa, Rasa Memang Power!

RESIPI NASI GORENG MAMAK

Bahan-bahan:

  • 1 pinggan (membukit) nasi
  • 1 potong ayam goreng mamak
  • 1 biji telur
  • Sawi dan kubis secukupnya
  • Kicap cair secukup rasa 
  • 1 sudu teh perencah kari mi segera
  • 3 biji cili padi – ketuk
  • 1/2 biji bawang merah – potong kasar 
  • 2-3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
  • Sambal tumis mamak – empunya resipi bungkus dari kedai mamak

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.

2. Pecahkan telur. Tunggu hingga separuh masak baru dikacau.

3. Seterusnya masukkan hirisan sayur. Gaul rata.

4. Masukkan nasi dan ayam yang telah dipotong kecil.

5. Tambahkan sambal tumis mamak. Sambal ini mempunyai gabungan rasa masam, pedas, manis, masin dan belacan. Sukatannya anggaran 1 sudu makan.

6. Seterusnya masukkan perencah kari mi segera. Gaul semua bahan hingga sebati.

7. Tambahkan kicap cair. Jika tiada, boleh gunakan kicap masin.

nasi goreng mamak

8. Tambahkan sedikit sos cili. Gaul lagi hingga sebati.

9. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

nasi goreng mamak

Kredit resipi & gambar: Wan Luqman

Baca juga: Nak Cepat? Cuba Nasi Goreng Chili Flakes Ini, Tak Perlu Tumbuk Apa Tapi Hasil Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN