Categories: Resepi

Bebola Kentang Keju Mozarella, Hanya Guna 7 Bahan Ini Je, Anak-anak Tentu Suka!

Makan kudapan ini memang anak-anak akan makan bertambah. Kentang yang rangup di luah, dengan lelehan keju mozarella di dalam, memang craving dibuatnya.

Baca juga: Roti Telur Cheese Bakar, Menu Sarapan Simple Dan Kenyang!

Cara penyediaan dan bahan pun ringkas saja. Hanya guna 7 bahan dan bentukkan seperti bola. Kemudian tinggal goreng ke dalam minyak yang panas. Ibarat macam menggoreng nugget gitu.

Resipi ini telah mendapat perhatian ramai dan mendapat sebanyak 576 tanda suka dan 817 perkongsian di laman Facebook. Terima kasih kepada Rasidah Razif kerana sudi berkongsi resipi Bebola Kentang Keju Mozarella ini.

RESIPI BEBOLA KENTANG KEJU MOZARELLA

Tips untuk buat hidangan ini sedap adalah, jangan kedekut letak inti keju! Nanti takdapatlah nak ‘create’ keju leleh.

Portion hidangan: 3-4 orang

Bahan-bahan:

3 biji kentang sederhana besar
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk lada sulah
Garam secukupnya
Mozzarella block cheese – dipotong dadu
Serbuk roti secukupnya – untuk salutan
3 biji putih telur – untuk salutan

Cara-caranya:

1. Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian, lenyekkan ia semasa panas dan campurkan lada sulah dan garam. Perasakan dengan sekata.

2. Tambahkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sebati. Kemudian, biarkan ia sejuk.

3. Sudukan kentang yang telah dilenyek tadi dan bulat-bulatkan ia serta masukkan ketulan mozarella di dalamnya. Pastikan keju tersebut tutup sepenuhnya dengan kentang.

4. Untuk bahan salutan di atas kentang pula, kocakkan putih telur hingga berbuih. Celupkan bebola tadi kedalamnya.

5. Kemudian, golekkan ke atas serbuk roti. Biar sekata. Ulang semula hingga kentang dan mozarella habis.

6. Proses celupan dan golek ini perlu dibuat sebanyak  2 kali untuk dapatkan salutan yang tebal dan extra rangup. 

7. Selepas itu, simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam. Habis 2 jam, dah boleh bawa keluar untuk menggoreng.

8. Goreng dengan api yang perlahan, pastikan minyak panas betul. Jika tak, cheese tak mencair dan luaran akan cepat rentung. Siap untuk dihidang!

Puas hati tau makan hidangan ini untuk dijadikan kudapan santai di rumah. Nak pula tengah cuti sekolah ini, memang berselera anak-anak nak makan. 

Selamat mencuba!


Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

16 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

16 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

17 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

19 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

19 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

20 hours ago