Biasa kalau goreng ayam, kita lumur garam dan kunyit je kan? Kali ini apa kata jom cuba resipi ayam goreng Vietnam ni pula.
Sekali sekala tukar selera cuba resipi yang lain tidak ada salahnya. Dijamin jika anda cuba, pasti akan berjaya memikat hati kerana setiap gigitan ayam akan terasa manis, masin, pedas dan rapuh.
‘Masin’ pada ayam ini bukan kerana garam, tetapi kerana sos ikan yang digunakan dalam proses memasak. Ianya untuk memberi keseimbangan rasa pada masakan tersebut.
1. Di dalam bekas atau mangkuk besar, masukkan ayam dan bahan perapan. Gaul sebati dan perapkan sekurangnya selama 30 minit.
2. Untuk memasak sos manis masin, sediakan periuk kecil dan masukkan bahan-bahan sos tadi. Panaskan di atas api sehingga gula larut dan sejukkan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak di dalam kuali besar, letakkan chopstick atau kayu lidi di tengah-tengah. Apabila minyak sudah mengelembung atau berbuih dipermukaan kayu lidi tadi, bermakna minyak sudah panas dengan sempurna.
4. Sementara itu, sediakan mangkuk besar. Masukkan tepung dan baking powder. Salutkan ayam bersama tepung tadi satu persatu. Kemudian, masukkan ayam tadi kedalam minyak panas. Goreng selama 15 minit atau sehingga ayam menjadi keemasan.
5. Kemudian angkat ayam yang digoreng tadi dan biarkan rehat seketika.
6. Dalam minyak yang panas tadi, masukkan semula ayam dan gorengkan lagi 2-3 minit. Tujuannya agar ayam lebih rapuh@crunchy di luar dan warna keperangan. Angkat dan tapiskan ayam tadi pada tisu.
7. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng keemasan tadi. Masukkan juga bawang putih yang telah digoreng, daun ketumbar yang dihiris dan tuangkan sos masin manis pada ayam tadi.
8. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit: Nurul Ateekah
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…